Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012, Welcome 2013

Ini post terakhir aku tahun 2012...rseyer byk post aku hutang ngn blog ceritera si ahli sihir ni, tp xpe esk2 leh tulis rseyer...hehehehe (tu la alasan pemalas cam aku..)


malam tahu baru ni seperti malam2 tahun baru sejak 4 tahun yg lpas, mmg aku akan lepak kat rumah, pertama sbb xde org ajk ak melepak mlm new year, kedua sbb aku pon x berapa suka sesat2 org ramai, ketiga xde org ajk kuar..klu ada mmg x lekat kat rumah. so aktiviti biasa aku, tgk tv...nsb mlm ni ada breaking dawn part 1..berangan si jacob lg aku mlm ni..bila lah nk bertaubat..hikhikhik


mengimbas kembali perjalanan aku dlm taun 2012, takde yg menarik sgt selain keje..al maklumlah aku kn single mingle trang tang tang..so psl keje lah yg boleh aku cite...paling mengembirakan & x tersangka2 kerana pada tahun 2012 genap 2 tahun aku bekerja sebagai advocates & solicitors..mcm x percaya aku seorg peguam..penat jerih aku selama aku pegi sekolah dr tadika smpai grad law mmg berbaloi smpai skunk aku rase cam i can resign n carik hala tuju lai pula....hikhikhik.



Nie kebanggaan aku..hikhikhik

so overall aku mmg bsyukur dgn tahun 2012 ni n bharap agar tahun 2013 ni lebih membawa byk makna..smoga allah terus memberkati aku n memelihara imanku..smoga keje makin lancar, rzeki makin murah, diberikan kesihatan yg baik..smoga allah melindungi keluargaku, sanak saudaraku n rakan taulan.



selain drp kje, tahun ini jugak merupakan tahun di mana akhirnya aku boleh bertravel bersama my bestie wpon tanpa aslina...this is our first n last travel together bcoz x lama lg one of us akan kawin..klu nk travel bersama lg, kata beliau kene bwk husben masing2...mmg lmbt lg lah kn, eloklah beliau ada anak 2-3, bru kawin gamaknya aku...hahahaha (nanti bila nk abis wat watermark gmbr2 tpilih aku update post psl percutian aku ke vietnam...byk perkara berlaku taw)

and another personal thing...aku dh daftar kelas memandu & in process to get a driving license, ni smua psl adik sy beli kete n tinggalkn kete kat umah..sayang plak tgk kete tu x jln2...hahahaha

last personal thing..dunno why thz year i really feel crush on jacob black... si serigala jadian tu..mmg x sah klu pg2 msk kje menatap wajah beliau dlu..he so mencairkan hati smpai rse nk carik cam beliau je.

he so something rite..
briefly tuk tahun 2013 ni aku berazam 

1. utk bekerja dgn lebih baik lagi supaya rzeki lebih murah n cepat naik gaji....
2. dptkn driving lesen spaya boleh drive WQQ n bwk cik azyah jln2 pg ikea...
3. jd org yg lebih mature n x emosi lg....
4. cadang cam nk amik anak angkat tp rse cam x ready lg...hikhikhik
5. akn di fikirkn nanti..
6..difikirkn kmudian
7..ops lupe lak..nk kawin (bak kata adik farahin..kene msk kn dlm azam supaya cpt skit bertemu jodoh..hahaha)

p/s: bile tgk drama adaptasi rase nk beli novel tp yg ado pon x abis baca lg

Tuesday, December 25, 2012

Life of PI

Tak tahu apa mimpi adik sy ajk ktorg join dia movie date time cuti umum hari ini..sian awek dia kne kuar ngn akak ngn adik yg tingtong n sengal ni..

So pilihan adik sy utk tontonan umum di hari cuti ialah Life of PI...mmg x tahu ni cite apa n x tpkio pon nk tgk cite ni tp org nk belanja kita tonton je lah.

Ktorg smpai agak awal..time beli tiket pilih slot 12.45 pm tp bila tebus tiket dh tukar slot 1.10pm plak so ktorg pon main game dlu..bile dh settle mbazir, beratur beli popcorn n ready for movie time

Start je movie tu dgr lagu latar hindustan..terus kuar soklan, adik aku ajk aku tgk cite hindustan ke ni. tp bile tgk list pelakon, ada jgk yg aku kenal mcm tabu so ak terasa tertarik tuk menonton.

Cite ni bermula apabila sorg penulis buku yg bertemu dgn Piscine Molitor Patel utk mendapatkn cerita bg penulisan buku beliau. Maka bermulalah kisah ttg hidup Piscine Molitor Patel @ lebih dikenali sbgai Pi Patel.Watak Pi Patel remaja di bawa oleh Suraj Sharma & watak dewasa dibawa oleh Irfan Khan...sure lah nnt glamer Suraj Sharma ni.

Permulaan cite ni menceritakan ttg bagaimana Pi mendapat nama beliau yg di inspirasikn daripada nama sebuah kolam umum di perancis iaitu Piscine Molitor di mana nama tersebut dicadangkan  oleh pakcik beliau  @ dlm bhsa india disebut mamaji. Kemudian plot dikembangkan apabila Pi menceritakan bagaimana beliau sering diketawakan oleh kawan2 serta guru di sekolah disebabkn nama beliau Piscine yg jgk membawa mksd terkencing dlm bhsa india jika diambil kira nada sebutannya. kemudian kta terus dihidangkn dgn plot dimana Pi menceritakn kpd penulis buku tersebut bgaimana beliau mdpt nama Pi yg diambil drp nombor pi dlm matematik iaitu 3.14...so entertaining time part plot2 ketika Pi Patel berada di sekolah.

Apabila Pi meningkat dewasa..bermula cerita mengenai bgaimana Pi mencari cinta Tuhan sehingga dia mengamalkan tiga agama sekali gus iaitu hindu, kristian & islam. yg ni klu x kuat imam boleh goyang, tp perkara yg baik boleh dipetik ialah betapa kita perlu bersyukur sbb dilahirkan sbgai islam n disayangi allah..yg penting kita perlulah sentiasa beribadat bg meningkatkn keimaman n bdoa smoga kta kekal dlm islam. selain drp kisah Pi mcari tuhan, turut diselitkan kisah percintaan Pi dgn Anandi.

Kemuncak cerita ini apabila bapa Pi membuat keputusan untuk berpindah ke kanada bersama2 dgn haiwan di zoo milik keluarga Pi...so Pi ada zoo yg ada byk haiwan termasuklah seekor harimau bengal yg bernama Richard Parker.

Konflik cite ni bermula apabila kapal yg dinaiki Pi & keluarganya karam sewaktu ribut melanda di laut...dan yg terselamat hanyalah Pi Patel bersama Richard Parker, seekor org utan, seekor zebra dan seekor dubuk di dalam lifeboat. namun selepas dubuk membunuh org utan and zebra di mana akhirnya dubuk di bunuh oleh Richard Parker maka tinggallah Pi hidup dlm lifeboat bersama Richrad Parker.

Hidup bersama Richard Parker byk mengajar Pi Patel ttg erti hidup iaitu jgn berputus asa dimana oleh kerna Pi harus memastikan Richard parker tidak memakan beliau, so Pi harus berusaha mencari makanan untuk Richard parker....bermacam2 telah Pi Patel lalui bersama richard Parker sehinggalah life boat mereka tersadai di pantai mexico dan menjadi saat perpisahan di antara Pi Patel dan Richard Parker apabila Richard Parker memilih untuk masuk kedlm hutan dengan membawa bersama ingatan sewaktu bersama Pi Patel dlm lifeboat di tgh lautan Pasifik.

So nk cerita byk2 kat sini mmg x dptlah so kalu korg rse cam nk tgk something yg lain drp yg lain..bolehlah menonton cite ni..sinematografi cite ni mmg terbaik, plot pon tersusun indah, xde byk cacat cela cam cite tempatan..editing bgus, pemilihan pelakon wpon x tkenal tp tu lah tujuan film industry...menaikkn nama org yg x terkenal dgn mgabungkn mereka ngn pelakon2 terkenal..n arahan ang lee yg mmg awesome...boleh bg 5 star tuk cite ni..

Moral yg boleh di perolehi drp movie ni...x kiralah apa agama kita, yg penting kita percaya kepada aturan yg allah beri kepada kita & never give up...

Jadi kalu rase nak tgk, cite ni masih di pawagan so korg leh lah tonton sendri...in sha allah x kn kecewa pnya tgk cite ni...here some link tuk korg explore & trailer tuk korg usha..kot2 leh tarik korg ke pawagam tdekat..hehehehe

1. Wiki :http://en.wikipedia.org/wiki/Life_of_Pi
2. Official web : http://www.lifeofpimovie.com/
3. Official trailer : 



Tapi kalu korg x suka tgk movie boleh je dptkn novel Life of Pi ni..jgn x tahu cite ni best selling aventure novel by Yann Martel....ak pon bru tahu lps google & usha wikipedia..hikhikhik

P/s:- b4 movie tayang iklan samsung galaxy camera..membara2 nk beli




Thursday, October 18, 2012

System Failure & Technical Difficulties

Perkara ini memang sudah selalu berlaku namun aku rasa hari ini punya keadan memang satu rekod dunia...system pengangkutan train rapid kl rosak lagi. 
Selalu breakdown pun tak mcm hari ini. hari ini hampir dua jam aku duduk dalam train tu baru sampai stesen pasar seni..naik lenguh badan & kaki tangan aku...aku yang duduk pun dah rasa lenguh inikan pula yang berdiri..aku dah tido bangun berkali2 pun tak sampai2 jua. 
yg pelik yer psl train ni..hujung minggu org tak pegi kje xde pulak dia ghusak camni...tu yg buat sy syg malaysia..slalo bagi sy peluang tuk masuk ofis lambat. 
inilah caranya saya start hari terakhir saya sebagai seorang yg berumur 27 tahun.


keadaan kat stesyen rapid kl taman melati


p/s: 1 hari sy msti pegi eropah, jepun & korea tuk tgk system subway dorg..slalo rosak tak time ofis haur...lalalalala

Monday, July 9, 2012

my best companion was gone

8/7/2012, my besh companion telah diambil semula oleh allah...alangkan pedih hatiku menghadapi kehilangan ia. wpon ia hanya seekor kucing namun ia sudah bersama aku sejak ia kecil..byk suka duka kita telah lalui bersama. tatkala aku bduka kerna dikhianati, ia sentiasa menemaniku terutama ketika diri bergenang dengan sendu & airmata. walaupun aku mengerti ia tidak memahami diri ini, namun pandangan mata nya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi diri ini.

sehingga kini aku masih merasakan kehilangan ia...ditipu manusia & ditinggalkan juga tidak sepedih ditinggalkan puteeh...semoga ia tenang di sana & semoga kita bertemu di syurga.


lets it rest in peace

p/s:- this post so basi..sbb batang melur yg aku pacak kat kubur ia pon dh nk start berbunga

Friday, July 6, 2012

Puteeh Sakit

Minggu ni mmg minggu yg hactic buat aku...penghijrahan, rumah bersepah n puteeh sakit. Siapa sangka di sebalik kaki yg membengkak itu terisi nanah yg bisa merosakkan kakinya. Teruk jugalah aku di marahi oleh doktor sebab tidak menjaga kebajikan kucingku itu.

Menjaga kucing yang sakit mmg tidak semudah yg disakit..oleh kerana kesakitannya melibatkan kaki, maki ia tidak mampu membuang air kecil dan besar dengan sempurna sehingga kerja aku setiap hari sebelum dan selepas balik kerja adalah membasuh taik dan memandikan ia yang berlumur dgn taik. Naik kecut kaki tangan aku asik membasuh malam2....lantai kat umah aku pon bersih berkilat2 sbb asik di mop oleh diriku.

Yang paling sukar ialah memberi ia makan ubat, 1-2 hari pertama selepas minor surgery, mudah sungguh puteeh makan ubat, mungkin kerana deria rasa beliau yg masih belum sihat. Namun selepas beberapa hari, punyalah payah nak bagi makan sampai, aku naik give up..akhirnya malam jew lah dia makan ubat..padanlah lambat sembuh. Memang puteeh ikut perangai tuan yer yg  xsuka makan ubat..akulah tu.

Sekarang yang paling membimbangkan aku, selera makan ia makin berkurang, kdg2 langsung tak nak makan walaupun aku telah merebus ikang segar untuk ia. so risau bila ia tak makan sbb camne nk cpt sembuh kalu x makan.

Paling tak tahan sekali bila time malam, suka sangat tidur sebelah aku sehingga aku tak boleh tidoq ganas lagi takut terkena luka ia...tapi tak mungkin, dgn cara itu, cepat sikit ia sembuh.

Aku pon tak pasti berapa lama lagi ia boleh bertahan, memandangkan lubang di kaki ia sering mengeluarkan darah bernanah yang banyak. Harapan aku ia cepat sembuh, namun kalau itu takdirnya, terpaksalah aku redha.

Puteeh after treatment

After berhari2 tak tidur

Luka di kaki ia


p/s:- mata mengantuk, buat kerja malas, akhirnya memblogging kat ofis

Wednesday, June 13, 2012

UnTold Story: Rasa

aku ditanya apa rasanya bila diriku engkau khianati
jawabku, bodoh rasanya

aku ditanya apa rasaku bila bulan dan bintang yang engkau janjikan palsu belaka
jawabku, bodoh rasanya

aku ditanya apa ku rasa bila kasih sayangmu pura-pura sahaja
jawabku, bodoh rasanya

namun sikit pun tidak aku sesali kerna kebodohan itu akan mengajar aku lebih pandai di masa hadapan

walaupun aku mungkin tersungkur dan dibodohkan lagi


Allisha Khalida Sephia

Monday, June 11, 2012

UnTold Story: Crush


Hati sering mengikut rasa, sering keliru antara fantasi dan realiti dan aku sering terpedaya dengan hati.
Mungkin didikan atau desakan hati menyebabkan aku tidak dapat membezakan antara kasih dan sayang, suka dan cinta, sahabat dan lawan.
Dan akhirnya aku gugur dalam satu persahabatan.

Antara kita tidak banyak persamaan namun kita mudah berbicara menyebabkan kita senang bersama.
Masa berlalu dengan pantas tatkala kita bercerita.
Saat yang berlalu terasa berharga, detik yang pergi diharap tidak berlalu.
Akhirnya aku keliru antara kasih dan sayang.
Bukan aku saja, malah engkau juga begitu.

Keseronokkan bersama menyebabkan kita sama-sama rasa sayang.
Keserasian membuat hati lebih mudah terpaut rasa sayang.
Itu andaianku.

Kata pujangga, ada beza antara suka, sayang dan cinta.
Walaupun telah lama berlalu namun aku masih tidak dapat membezakannya..kasihan diriku.

Kata-kata manis dan janji-janjimu membuat aku hancur perlahan-lahan.
Kemusnahan aku terjadi bila kau mendustai diri.

Bila kau memilih dia dalam masa yang sama masih menyatakan sayang dan cinta padaku,

Akhirnya membuat aku sedar bahawa kau tidak pernah sayang pada ku seperti kata ucapanmu

Kawan yang terluka pasti merasa kecewa dan tatkala aku bisa melupakan semua janji manismu akhirnya aku sedar yang kau mungkin hanya 'CRUSH'.


                                                                                          Allisha Khalida Sephia


tak dapat cari versi sudirman yang ada lirik so siti pon boleh la



p/s:- keliru ni nk beli BB ke tak? nk whatapps jgk..hikhik 



Friday, June 8, 2012

Suku Tahun Kedua

Dah lama tak blogging skali tajuk post mcm nk bentangkn laporan kewangan negara jew...sebenarnya aku pon tak tahu nak tulis apa...tgh buat keje kat ofis skali tangan bukak page blog aku yg dh lama berabuk ni...so aku pon menulislah.

Sedar tak sedar dah masuk bulan jun...6 bulan telah berlalu dalam tahun 2012 dan tinggal lagi 6 bulan genap 2 tahun aku kerja as advocates & solicitors...walaupun sekejap namun banyak yang aku belajar sepanjang aku berada dekat sini...work so hard, play also so hard...hahaha.
Sekian, updates kali ini....(memang mengular betul aku ni)


p/s:- mak dah nak pindah, aku tak register lagi kelas memandu, tak reti bawak kete xleh jd calon istri johan botak..hukhukhuk

Wednesday, April 11, 2012

Bencana Amaran Allah

Inalillah..hari ini kita digemparkan dgn berita gempar bumi yg melanda bumi indonesia. Gempa bumi yg berskala 8.5 rektar itu menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di negara2 spt malaysia, thailand, india, singapore serta kwsan2 lain.

Kini , walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, tidak bermakna doa & pengharapan kepada allah turut ditarik sedangkan tatkala kita menerima berita bencana, berduyun doa kita panjatkn kpd Allah.

Allah telah berfirman dlm surah an-nisaa' ayat 79 "apa jua kebaikan nikmat kesenangan yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari kesalahan dirimu sendiri", jelas menyatakan bahawa bencana yg diturunkn allah adalah sebagai peringatan kpd hambaNya ttg kesalahan yg kita tlh lakukn....


Oleh yg demikian, marilah kita sama2 menginsafi diri & trus bdoa agar kita tergolong dlm golongan umat muhammad yg beriman.




p/s - dh lama x updates, otak pon beku tp ttp nk share something as peringatan tuk diri sendiri

Friday, February 24, 2012

Stress is my BFF now

S.T.R.E.S.S.S.S.S.S.S






Inilah keadaan aku sekarang, tak tahu nak buat apa lagi...terapi fizikal n rohoni pun masih belum dapat menolong aku...

ya ALLAH, sesungguhnya hanya padamu aku memohon, engkau tunjukkanlah jalan yang harus aku ambil kerna sesungguhnya aku ini hanya hambamu yang lemah 

p/s: kalu lah sy seorang jutawan pasti akan ku beli belah & sedekah kat orang yang memerlukan


Friday, January 20, 2012

Akhirnya ia pergi tanpa pesan

Tanggal 16 Januari 2012, pasti tidak akan mudah untuk aku lupakan. Engkau pergi tanpa sebarang pesan. Di malam hari kita masih tidur sebantal, di pagi hari engkau menyedarkan aku dari tidur lenaku dan akhirnya di kala petang mula bertandang, engkau menghilang tanpa kata...

Lupakah engkau saat2 kita bersama, namun mungkin itu takdirnya...engkau dan aku tidak akan bersama selamanya.

Apapun terima kasih kerna menemani hari2 ku tanpa jemu, menyedapkan telingaku dgn irama2 merdu, mengabadikan diriku dalam memori.

Walau dimana pun engkau berada, ingatlah yang aku menyayangimu seadanya walaupun aku selalu melemparkan engkau ke katil....expression sayang terlebih je tu...

Farewell to my C3, walau di mana engkau berada, hope you will be in good condition....


p/s:- nk tnggu penaja sponsor iphone lak...