Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 13, 2012

UnTold Story: Rasa

aku ditanya apa rasanya bila diriku engkau khianati
jawabku, bodoh rasanya

aku ditanya apa rasaku bila bulan dan bintang yang engkau janjikan palsu belaka
jawabku, bodoh rasanya

aku ditanya apa ku rasa bila kasih sayangmu pura-pura sahaja
jawabku, bodoh rasanya

namun sikit pun tidak aku sesali kerna kebodohan itu akan mengajar aku lebih pandai di masa hadapan

walaupun aku mungkin tersungkur dan dibodohkan lagi


Allisha Khalida Sephia

Monday, June 11, 2012

UnTold Story: Crush


Hati sering mengikut rasa, sering keliru antara fantasi dan realiti dan aku sering terpedaya dengan hati.
Mungkin didikan atau desakan hati menyebabkan aku tidak dapat membezakan antara kasih dan sayang, suka dan cinta, sahabat dan lawan.
Dan akhirnya aku gugur dalam satu persahabatan.

Antara kita tidak banyak persamaan namun kita mudah berbicara menyebabkan kita senang bersama.
Masa berlalu dengan pantas tatkala kita bercerita.
Saat yang berlalu terasa berharga, detik yang pergi diharap tidak berlalu.
Akhirnya aku keliru antara kasih dan sayang.
Bukan aku saja, malah engkau juga begitu.

Keseronokkan bersama menyebabkan kita sama-sama rasa sayang.
Keserasian membuat hati lebih mudah terpaut rasa sayang.
Itu andaianku.

Kata pujangga, ada beza antara suka, sayang dan cinta.
Walaupun telah lama berlalu namun aku masih tidak dapat membezakannya..kasihan diriku.

Kata-kata manis dan janji-janjimu membuat aku hancur perlahan-lahan.
Kemusnahan aku terjadi bila kau mendustai diri.

Bila kau memilih dia dalam masa yang sama masih menyatakan sayang dan cinta padaku,

Akhirnya membuat aku sedar bahawa kau tidak pernah sayang pada ku seperti kata ucapanmu

Kawan yang terluka pasti merasa kecewa dan tatkala aku bisa melupakan semua janji manismu akhirnya aku sedar yang kau mungkin hanya 'CRUSH'.


                                                                                          Allisha Khalida Sephia


tak dapat cari versi sudirman yang ada lirik so siti pon boleh la



p/s:- keliru ni nk beli BB ke tak? nk whatapps jgk..hikhik 



Friday, June 8, 2012

Suku Tahun Kedua

Dah lama tak blogging skali tajuk post mcm nk bentangkn laporan kewangan negara jew...sebenarnya aku pon tak tahu nak tulis apa...tgh buat keje kat ofis skali tangan bukak page blog aku yg dh lama berabuk ni...so aku pon menulislah.

Sedar tak sedar dah masuk bulan jun...6 bulan telah berlalu dalam tahun 2012 dan tinggal lagi 6 bulan genap 2 tahun aku kerja as advocates & solicitors...walaupun sekejap namun banyak yang aku belajar sepanjang aku berada dekat sini...work so hard, play also so hard...hahaha.
Sekian, updates kali ini....(memang mengular betul aku ni)


p/s:- mak dah nak pindah, aku tak register lagi kelas memandu, tak reti bawak kete xleh jd calon istri johan botak..hukhukhuk