Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 27, 2013

Apabila karya melayu bertukar menjadi naskah inggeris

Dalam kesibukan bekerja, sempat aku menbuka blog2 hiburan tuk menambah pengetahuan hiburan (rutin harian tak kira sibuk @ lapang..hikhikhik) dan ada 1 post yg menarik minat aku shingga memaksa aku berkongsi wpon mempunyai kekangan masa.

Aku pasti dalam minggu ni dan seterusnya topik ini akan menjadi perbualan hangat di antara pelayar2 blog hiburan.

Sangat membanggakan industri apabila hampir setiap minggu ada saja filem tempatan memasuki pasaran namun itu tidak bermakna karyawan harus menghasilkan karya2 yg sia-sia (aku rse lebih sopan menyebut karya yg tidak menepati piawai aku sbgai karya yg sia2)

Tatkala aku membaca 1 post blog hiburan mengenai 1 karya yg bakal keluar di pawagam pd bulan april nanti, hanya 1 perkara yg boleh aku katakn..speechless. Melihat trailer filem tersebut bukan menarik aku utk menonton tapi lebih kepada beristigfar panjang. Terlintas dalam minda melayu apakah yg tergamak menghidangkan karya seperti ini kepada khalayak umum.

Nyata tertulis genre filem tersebut adalah filem romantik namun dari trailer kelihatan seperti filem ranjang apabila hero & heroin berpelukkan di atas katil dan bergesel2 hidung yg jelas bukan muhrim. Melalui gambaran2 ini jangan salahkan anak2 kita sekiranya ini yg mereka lakukan kpd psgn yg berlainan jantina kerna kita sendiri yg mengajar mereka melalui gambaran filem2 kita.

Aku juga tertanya2 bagaimana finas boleh melepas tayangan trailer yg ternyata 18sx ni kepada khalayak sedangkan cerita inggeris pon melalui penapisan yang ketat. Harap2 jika benar filem ini ditayangkan nanti, pihak finas telah pun membuat penapisan yg tegas kerna bila ia ditayangkan nanti wpon tertulis untuk tontonan 18sx masih ada ibubapa yg terlebih bijak membawa anak2 mereka yg dibawah umur memonton filem ini nanti...aku yg belum mempunyai anak pon tak gamak utk menonton filem ini.

Dengan terhasilnya filem ini juga aku percaya bahawa melayu kini yg sepatutnya terkenal dgn perasaan malu sudah hilang malunya. bila ditanya kepada pelakon, jwpn klise yg diberikan adalah mengikut kata pengarah bg menjiwai watak & menyampaikan mesej. Tidak tahu di mana agama mereka sehingga kata manusia dituruti tapi kata allah diabaikan. Aku sendiri menjadi malu kepada dunia. Maka jgn salahkan aku jika aku lebih gemarkan karya indonesia berbanding karya malaysia yg banyak sia-sia. kadang-kadang terasa karya inggeris pon tak seperti ini..mgkn aku byk menonton siri penyiasatan & aksi kot.

so malas nak cakap banyak lagi, korang tgk sendiri trailer filem ini & buatlah pertimbangan yang sewajarnya.



p/s: bilalah tabung nak penuh ini, note @ limited edition tuk menarik minat sungguh..kalau kaler ungu lagi i suke

Sunday, March 10, 2013

Pemandu Malaysia

seorang pemandu memandu kelisa, pemandu yang lain memandu civic
seorang pemandu lain memandu bmw, pemandu yang seorang itu memandu ford
banyak pemandu memandu pelbagai jenama kenderaan di jalanan
seorang yang lain cuma berbekalkan kaki
berdiri di tepian jalan menanti saat menyeberang
saat terlihat si kelisa bergerak perlahan
minda mahu menyeberang namun kaki tidak melangkah
tika kaki mula melangkah, bmw terlihat bergerak perlahan
rupanya memecut laju
akhirnya si pejalan kaki berlari anak walaupun kenderaan itu bergerak laju
itulah pemandu malaysia yang tidak bertoleransi
namun di seberang jalan sana
kelihatan seorang pemandu lelaki inggeris
memandu sebuah jip lama menbunyikan hon
sebagai isyarat kepada si pejalan kaki
lintaslah jalan ini kerna aku sudah berhenti
itulah pemandu inggeris yang bertoleransi



p/s - padanlah lelaki inggeris menjadi pilihan wanita melayu termasuklah aku..hikhikhik


ini lelaki inggeris pilihan saya...he is hot rite???