Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 11, 2012

UnTold Story: Crush


Hati sering mengikut rasa, sering keliru antara fantasi dan realiti dan aku sering terpedaya dengan hati.
Mungkin didikan atau desakan hati menyebabkan aku tidak dapat membezakan antara kasih dan sayang, suka dan cinta, sahabat dan lawan.
Dan akhirnya aku gugur dalam satu persahabatan.

Antara kita tidak banyak persamaan namun kita mudah berbicara menyebabkan kita senang bersama.
Masa berlalu dengan pantas tatkala kita bercerita.
Saat yang berlalu terasa berharga, detik yang pergi diharap tidak berlalu.
Akhirnya aku keliru antara kasih dan sayang.
Bukan aku saja, malah engkau juga begitu.

Keseronokkan bersama menyebabkan kita sama-sama rasa sayang.
Keserasian membuat hati lebih mudah terpaut rasa sayang.
Itu andaianku.

Kata pujangga, ada beza antara suka, sayang dan cinta.
Walaupun telah lama berlalu namun aku masih tidak dapat membezakannya..kasihan diriku.

Kata-kata manis dan janji-janjimu membuat aku hancur perlahan-lahan.
Kemusnahan aku terjadi bila kau mendustai diri.

Bila kau memilih dia dalam masa yang sama masih menyatakan sayang dan cinta padaku,

Akhirnya membuat aku sedar bahawa kau tidak pernah sayang pada ku seperti kata ucapanmu

Kawan yang terluka pasti merasa kecewa dan tatkala aku bisa melupakan semua janji manismu akhirnya aku sedar yang kau mungkin hanya 'CRUSH'.


                                                                                          Allisha Khalida Sephia


tak dapat cari versi sudirman yang ada lirik so siti pon boleh la



p/s:- keliru ni nk beli BB ke tak? nk whatapps jgk..hikhik 



No comments:

Post a Comment