Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 9, 2012

my best companion was gone

8/7/2012, my besh companion telah diambil semula oleh allah...alangkan pedih hatiku menghadapi kehilangan ia. wpon ia hanya seekor kucing namun ia sudah bersama aku sejak ia kecil..byk suka duka kita telah lalui bersama. tatkala aku bduka kerna dikhianati, ia sentiasa menemaniku terutama ketika diri bergenang dengan sendu & airmata. walaupun aku mengerti ia tidak memahami diri ini, namun pandangan mata nya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi diri ini.

sehingga kini aku masih merasakan kehilangan ia...ditipu manusia & ditinggalkan juga tidak sepedih ditinggalkan puteeh...semoga ia tenang di sana & semoga kita bertemu di syurga.


lets it rest in peace

p/s:- this post so basi..sbb batang melur yg aku pacak kat kubur ia pon dh nk start berbunga

Friday, July 6, 2012

Puteeh Sakit

Minggu ni mmg minggu yg hactic buat aku...penghijrahan, rumah bersepah n puteeh sakit. Siapa sangka di sebalik kaki yg membengkak itu terisi nanah yg bisa merosakkan kakinya. Teruk jugalah aku di marahi oleh doktor sebab tidak menjaga kebajikan kucingku itu.

Menjaga kucing yang sakit mmg tidak semudah yg disakit..oleh kerana kesakitannya melibatkan kaki, maki ia tidak mampu membuang air kecil dan besar dengan sempurna sehingga kerja aku setiap hari sebelum dan selepas balik kerja adalah membasuh taik dan memandikan ia yang berlumur dgn taik. Naik kecut kaki tangan aku asik membasuh malam2....lantai kat umah aku pon bersih berkilat2 sbb asik di mop oleh diriku.

Yang paling sukar ialah memberi ia makan ubat, 1-2 hari pertama selepas minor surgery, mudah sungguh puteeh makan ubat, mungkin kerana deria rasa beliau yg masih belum sihat. Namun selepas beberapa hari, punyalah payah nak bagi makan sampai, aku naik give up..akhirnya malam jew lah dia makan ubat..padanlah lambat sembuh. Memang puteeh ikut perangai tuan yer yg  xsuka makan ubat..akulah tu.

Sekarang yang paling membimbangkan aku, selera makan ia makin berkurang, kdg2 langsung tak nak makan walaupun aku telah merebus ikang segar untuk ia. so risau bila ia tak makan sbb camne nk cpt sembuh kalu x makan.

Paling tak tahan sekali bila time malam, suka sangat tidur sebelah aku sehingga aku tak boleh tidoq ganas lagi takut terkena luka ia...tapi tak mungkin, dgn cara itu, cepat sikit ia sembuh.

Aku pon tak pasti berapa lama lagi ia boleh bertahan, memandangkan lubang di kaki ia sering mengeluarkan darah bernanah yang banyak. Harapan aku ia cepat sembuh, namun kalau itu takdirnya, terpaksalah aku redha.

Puteeh after treatment

After berhari2 tak tidur

Luka di kaki ia


p/s:- mata mengantuk, buat kerja malas, akhirnya memblogging kat ofis