Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 14, 2016

Setahun Sesat..akhirnya kembali jua

Hahahaha...akak mmg dah x berskill. Nampaknya akak kne bersara jadi ahli sihir sbb semak samun blog akak ni ditumbuhi lalang. Setahun lepas akak kata akak nk try blogging semula tapi haram. Palsu je smua kata-kata akak tu. Harap2 takde lah yg percaya.

Punyalah lama akak tak melawat blog akak, sampai password blog pon akak dah lupa...akak dah mmg pelupa, pstu urat putus lg...mmg tak berupayalah. Nsb baiklah akak ni hebat meneka...teka2 kena lah plak.

By da way mcm2 jadi dkt akak setahun yg lepas, hopefully nanti rajinlah akak bercerita dengan lebih lanjut. Rasanya sekarang boleh akak start memblogging lagi at least seminggu sekali memandangkan akak dah pakai pakej data yg memang berbaloi2.

kali ini akak mesti jayakan blog akak balik sbb dah lama sgt bertapa dalam gua takut nnt nk jumpa org tak reti pulak berkata2. Lagipun akak kne jaga emosi akak supaya sentiasa tenang & gembira,,,dulu2 blogging ni mmg mengembirakan akak

Bila terpampang je blog akak, nmpklah time path...rupa2nya akak dah kawin dkt setahun, seminggu & 6 hari....pasal ni pon akak x penah cite lagi. in sha allah dgn data yg byk pasti akak war2 jgk...hahahaha(sapa percaya mmg kesian). 

P/S:- Disebabkan kekangan masa & keadaan, laki akak bawak balik je kek ni tapi 1 je yg akak boleh ucap dalam hati..."semua yang kamu lakukan ke saya itu...JAHAT".
Nanti akak cite sebab musababnya yer.



Friday, June 26, 2015

Jumpa jua jalan pulang

Akhirnya cik ahli sihir jumpa jua jalan ke blog ni...dah lama tak bukak, mmg bersawang satu-satunya blog akak ni....

Hampir berabad jua akak tidak mengupdate apa2 post mengenai dunia, masyarakat & diri akak..bukan setakat blog, hatta FB, twitter serta instagram pon akak maleh nk update..shaiton apakah yg telah merasuk akak...

lama tak lama lah sehingga akak yg dulu digelar cik ahli sihir kini telah bertukar menjadi puan ahli sihir...inai dijari pon hampir pudar...klu ada rzeki mgkn perut beranak selain drpd anak perut....

hopefully lepas ni rajinlah akak mengupload....life need inspiration and writing should be one.

As a start, bio ia pendek dlu....esk2 akak upload lg yer.

Abbracadabra.....esk mgkn terpost sendiri...skill ahli sihir kene asah semula ni

p/s:- selamat berpuasa rakyat dunia

Sunday, January 19, 2014

KALUNG SAYIDATINA FATIMAH

Sayidatina Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari, seorang tua yang miskin datang ke rumahnya. “Wahai Fatimah, aku kelaparan. Rasulullah menyuruhku datang ke sini. Mungkin ada sesuatu yang boleh engkau berikan kepadaku.”

“Apa yang hendak aku berikan. Sedangkan di rumahku tidak ada apa-apa makanan pun,” bisik hati Sayidatina Fatimah. “Tunggu sebentar ya,” kata Fatimah lalu masuk ke dalam bilik mengambil sekeping kulit kambing tempat alas tidur anak-anaknya.

“Wahai puteri Rasulullah, ia tidak cukup untuk membeli makanan,” kata si pengemis. Saidatina Fatimah rasa serba salah. “Ya Allah, tolanglah hamba-Mu ini.” Tiba-tiba Sayidatina Fatimah teringatkan seutas kalung pemberian mak ciknya.

Segera Sayidatina Fatimah mengambil kalungnya, kemudian diberikan kepada orang tua itu. “Ya Allah, aku tidak akan dapat membalas kebaikan Fatimah, moga Engkau balaskannya dengan Syurga,” doa orang tua itu.
Dengan sukacitanya orang tua itu pergi menemui Rasulullah s.a.w. Dia menunjukkan kalung puteri baginda. “Hai orang tua, mahukah engkau jual kalung itu kepadaku?” tanya Sayidina Abdul Rahman bin Auf yang berada di sisi baginda. Orang tua itu pun menjual kalung yang berkilau-kilau itu setelah mendapat keizinan Rasulullah.

“Berikan aku beberapa potong daging untukku bawa pulang ke kampungku,” kata orang tua itu.

Sayidina Abdul Rahman pun menyerahkan dua puluh dinar dan seratus dirham, beberapa potong roti, daging, pakaian serta seekor unta untuk membawa orang tua itu ke kampungnya.

“Ya Allah, balaslah kebaikan Fatimah,” doa orang tua itu lagi. Beberapa hari kemudian, seorang hamba Sayidina Abdul Rahman bernama Saham berjumpa Nabi. “Ya Rasulullah, tuan saya menyerahkan kalung ini kepda tuan. Termasuk diri saya juga diserahkan kepada tuan.”

“Pergilah ke rumah Fatimah. Serahkan kalung ini kepadanya. Engkau juga kuberikan kepada Fatimah,” kata Rasulullah dengan senyum.

Saham pun menyampaikan pesanan Rasulullah kepada Fatimah. “Alhamdulilah, engkau telah menjadi hakku. Kini engkau aku bebaskan,” kata Sayidatina Fatimah. Saham berasa sangat gembira. “Besar sungguh jasa kalung ini. Ia telah mengayakan orang miskin dan kini aku pula bebas.”


Begitulah pemurahnya Sayidatina Fatimah seperti ayahandanya. Walaupun miskin, Sayidatina Fatimah tidak menghampakan orang yang memerlukan bantuan. Syurgalah yang layak baginya.



p/s: semoga aku istiqamah dalam usaha menginfaqkan hartaku walau sedikit ikhlas kerana Allah..amin

Indah Ciptaan Allah: SUNSET

Sunset atau dalam bahasa melayu matahari terbenam adalah hukum alam yang sangat cantik jika dipotretkan. Feel free to enjoy gambar2 sunset di tepi pantai yg tlh i potretkn melalui NOTE2 ku...






Saturday, January 4, 2014

Indah Ciptaan ALLAH - BUNGAAN

Sejak mengganggur take picture dah jadi hobby baru...so gambar cantik yg i tgkp klu simpan dlm tefon pon buat rugi..klu tefo hilang dh xde gambar cantik so i nk share lah dgn uolls dlm post INDAH CIPTAAN ALLAH...feel free to enjoy the pictures...rase bangga pulak tgk hasil NOTE2 i..hikhikhik

Oren menarik jiwa


Si manis Orked

Pink yang menarik pandangan mata

Ratu bunga yang harum semerbak bau


p/s:- gambar yang kaku menceritakan pelbagai kisah

JALAN2 CARI MAKAN - LANGKAWI PART 2

bersambung dari part 1
http://ceriterasiahlisihir.blogspot.com/2013/12/jalan2-cari-makan-langkawi.html

Hari kedua di langkawi. Banyak aktiviti yang telah dirancang. Waktu pagi kami buat xtvt laut session menghitamkn kulit. After bekfast nasi lemak langkawi dgn harga RM6, kami menuju ke jeti utk memulakn xtvt island hoping. Lebih kurang jam 10 pagi kami meredah lautan...akhirnya dpt jgk aku mengayakan topi time pg island hoping..murah je RM10. Tuk pkai saja...cheaper is better.

akhirnya dapat jua
Kami di bawa ke tasik dayang bunting. Tasik di tgh lautan. Indah ciptaan allah bila tasik ni tawar sedangkn lautan disekelilangnya masin. Allah itu maha esa. Kata org psgn yg dh lama kawin tp xde ank boleh lah mcuba mandi di tasik ini insyaallah dgn izin allah pasti mengandung. Keberkesanannya aku mmg x tahu...nk cite lebih2 better u olls google je TASik DAYANG BUNTING LANGKAWI....semua yg penting, sejarah n lagenda ada di hujung jari...I cuma nk cite budget n share gambar je. Kat sini ktorg main paddle car solar. Sewa RM30.00 sbb ada solar. Yg biasa kayuh sendiri RM20.00. Dh sewa tu bolehlah mengayuh sekitar tasik selama sejam. Main ni pnya psl smpai lmbt naik bot. Yg penting ktorg take picture mgalahkn pre wedding Che Ta. Beware yer kat sini byk kera...

bukit yang kelihatan seperti perempuan mengandung

Lps sejam kat tasik ktorg pg tgk helang plak. Nasib baik sbb byk helang hari. Bermacam2 jenis helang ada kat situ, nk ckp pon x tahu....kamera x high devision so smua helang nmpk sama je.

                                           

Dok menengok helang lebih kurang 20 min ktorg bergerak ke pantai beras basah. Kat pantai ni mmg tmpt org mandi. Ktorg spt biasa take picture je...mcm2 jenis gambar ktorg amik n yg paling I loike ialah gambar melompat..dh lama teringin nk buat...see u'olls igt elfira je boleh melompat...hahahaha.
                                       
best pic ever
Lps puas take picture...ktorg balik resort. Mandi2 siap2 mkn2 n xtvt ptg...rombongan  cik yah ke underwater world. Since ini pcutian budget so ktorg mmg jln sekitar pantai cenang je...lgpun underwater world mmg sebelah resort ktorg je. Ikutkn last skali aku pg time tgktn 4 rse yer..few years back smpai x larat kira. Tiket masuk tuk pemegang IC malaysia ialah RM28 tapi bagi pekerja kerajaan jika dpt tunjukkn pas pkerja dapat beli tiket dengan harga RM22. Untung aku kawan dgn pgawai kerajaan ni..hahaha


Kat dlm underwater world ni mmg byk ikan lah..pelbagai jenis..macam2 warna...yg biasa nampak, yang x biasa nampak pon byk...yg nama biasa dgr ada, yg nama pelik pon ada...pendek kata mcm2 ada. Yg istimewa yer kat sini ialah penguins.  Jd jakun aku menengok pengiun. Tgk singa laut pon nk duk dpn...org feeding ikan pon aku duk depan jgk...so knk2 ribena..hahaha

hidupan laut

pengiuns

singa laut

Feeding time
Puas duk dlm tu tgk ikan take picture ktorg pon kuar minum ptg n ada sesuatu yg aku nk buat sbb x dpt buat pagi tadi...MANDI LAUT


last day, check out pagi pegi pekan kuah dgn teksi berharga RM28, shoping coklat tak hingat dunia sampai berabis RM150. Balik ke tanah besar dgn feri ke jeti kuala kedah dengan tiket berharga RM23. Prjalanan dari langkawi ke jeti kuala kedah mengambil masa 1 jam 15 min tambah tolak. Maka tamat percutian budget saya dengan belajar tidak sampai RM300. Sapa kata bercuti perlukan banyak wang...seluk poket ukur duit sendiri.


P/s: perjalanan dr jeti kuala perlis ke langkawi mengambil masa 45 min sahaja tambah tolak...salah info dlm post part 1

Tuesday, December 31, 2013

JALAN2 CARI MAKAN - LANGKAWI

Setiap kali aku menganggur mesti aku pergi Makan angin. Kali ini aku melancong ke Pulau langkawi yang terkenal dgn lagenda mahsuri. Sebenarnya tahun 2013 je dah 2 kali aku melancong ke langkawi. First time bulan 2 lepas, perlancongan keluarga, abis tok nenek mak sedara aku angkut. Kali ni plak dgn bff aku time universiti dlu, part of TT..ktorg je yg tinggal, yg lain semua dh lupe diri.

                                        

Bukan ktorg xnk pg pangkor @ tioman tp timing tak kena..short & shock vacation maka langkawi lah tmpt paling sesuai sekali untuk dilawati oleh kami yg busy dgn xtvt sndri...in fact langkawi ada byk coklat n pinggan mangkuk murah..sesuai lah tuk aunty2 cam ktorg ni.

Percutian 3 hari 2 mlm kami mmg destinasi budget n penuh dgn agenda emosi masing2. Since aku menganggur terhormat maka budget yg aku habiskn lebih kurang rm300 je..tu pon dh tolak dgn kehendak n nafsu..klu campur boleh abis simpanan bersara pendek aku ni..huhuhu

Perjalanan kami bermula pada hari sabtu ptg 30/11/13. Naik feri di jeti kuala perlis, tq to my adik yg sudi hantar kami ke kuala perlis. Tiket feri dari jeti kuala perlis berharga RM23. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit. Naik feri jam 3.45 pm jejak kaki di langkawi lebih kurang jam 5.15 pm. Orang memang ramai berduyung2 ke langkawi. Persoalannya tak tahu kenapa..aku sendiri dh berkali2 pergi langkawi tetap nak pegi lagi...cam ada tarikan mistik di sana.

Sampai di langkawi tempat pertama yg kami tuju ialah DATARAN LANG. Mmg x pernah dibuat org heret beg pegi situ tp sapa kisah we all are TT members, buat perkara pelik mmg speciality kami. Bagi yg tak tahu di dataran lang terbina 1 statue burung helang yg besar. Langkawi kan antara landmark utamanya ialah burung helang.

                                     

Puas tgkp gbr kat situ, kami cari teksi ke pantai cenang. First time aku tido kat area situ. Kalu nk tahu pantai cenang kawasan tumpuan mat saleh..feeling kat miami lah nanti..hahaha. tambang teksi ke pantai cenang RM28. Lebih 30 minit perjalanan kami tiba di pantai cenang. Check in kat mali perdana resort. 1st time tido sini. Kaunter reception mmg nampak old, bilik ok lah tuk percutian budget...nak tido je pon tp yg faboluos yer ialah pokok yg menghadap laut...resort kitorg ada laut kot...yg ni mmg amazing n buat aku nk dtg lg.

                            

SeJak2 bersara ni mmg take picture pemandangan mmg kesukaan aku...nanti aku share smua gbr cantik tu. Tgk btul tak aku cakap pokok ni mmg inspirasi..tambah lg ngn sunset mmg sesuatulah.
                                             

Malam ktorg buat xtvt bebas...yg utama haruslah makan. Balik bilik n tido. Makan malam di pantai cenang, nasik goreng and air laici berharga RM8.50...standardlah tu harganya..semua naik. malam tido awal sbb esk nak pegi island hoping. register kat kaunter resort and buat bayaran RM30. esk pagi pengusaha yg buat island hoping akan pick up depan resort so tiada masalah pengangkutan bagi siapa tak menyewa kenderaan.

to be continued....

p/s:- dok saja pon aku malas menulis..hidup memang tak 'produktive' sungguh