Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 20, 2011

Engagement Day - 20.11.2011

Seperti 11.11.11, hari ini mempunyai tarikh yg istimewa iaitu 20.11.2011. Dan seperti psgn lain, adik sepupuku jg memilih tarikh yg special ni tuk mengikat tali pertunangan dgn kekasih hati yer...so minggu ni instead of tido je, aku telah mengikut rombongan adik sepupuku ke rumah kekasih hati beliau di manjung....terisi la jgk minggu aku tuk weekend kali ni.

sempena pertunangan beliau, ak telah menempah cupcake drpd akak ofis aku yg mempunyai tgn sentuhan emas tu...mana tak yer hasil tgn beliau mmg x dinafikn lg sedap..harap keluarga bakal adik sepupuku dpt la menikmati keenakan cupcape buatan k.wati tu.

selain drp tu aku jg bjaya menyiapkn 1 hantaran tuk bakal sis aku..wpon sekadar ikat reben n beli bunga hiasan tp at least ada la jgk tgn kasar aku ni wat sesuatu..x sangka lak tgn aku pon ada sentuhan emas...hahahaha.

ckp byk pon x guna mari layan gmbr  sempena engagement adik sepupuku akmal n kekasih hatinya ain...to both of u...smga ptunangan ni kekal smpi ke nikah n to ain welcome to our famili.

mak datin mana lah tsesat..huhu
cupcake tajaan aku buatan k.wati

hantaran pihak lelaki..ank panah tu mnunjukkn hantaran digubah aku


hasil tgn aku..mjdkn??hehehe

princess of the day

king n queen to be

dayang-dayang istana

rombongan pihak lelaki yg dtg dgn b'buah2 kereta
famili pihak lelaki



hantaran n pelamin..klas kn?


gmbr ada beribu tp skit je yg dpt upload...x larat nk edit..apa2 terima kasih x terhingga tuk hospitality n mkn yg sedap2 tue..kenyang mak makan yah.....

p/s:- pale ak dilanggar ngn minyak wangi hantaran yg dibwk oleh pemain bolasepak perak ktanya....tu yg makin biol skit nie...lalalala

Friday, November 11, 2011

Tarikh Istimewa

11.11.11, tarikh istimewa yang menjadi pilihan ramai untuk melakukan sesuatu yang dianggap penting. Bagi aku tarikh yang dianggap unik nombornya ini tidak membawa apa-apa significant. Maklumlah,aku bukannya mengandung untuk melahirkan anak pada tarikh ini. Juga tiada pasangan untuk mendirikan tangga pada tarikh istimewa ini. Tapi aku tetap bersyukur sebab pada tarikh yang dianggap unik ini aku masih diberi peluang untuk terus beribadat kepada allah...alhamdulilah.

Biar pon hari ini dianggap istimewa kerana keunikan tarikhnya namun ia tetap menjadi sejarah apabila esok menjelang tiba.



p/s:- pasni sambil tunggu kes kene panggil instead of main games aku boleh la blogging pkai my min ho ho ho

Saturday, October 29, 2011

Additional to my IBM lappy

dari dulu lg mmg lappy aku pelik...time belajar dlu xde org pkai IBM..ak sorg je yg pkai & now my lappy ada adek beradek baru iaitu additional pooh keyboard. al maklum la keyboard yg sedia ada dh nazak, x bape nk leh guna. klu nk repair....baek lupekn saje.

make time berjalan2 di low yat td, bile tnampak je keyboard pooh ni yg berharga rm20 harus la dibeli. hasilnya aku dh x perlu lg berebut2 lappy ngn adek beradek ku yg lain.

gembira rasenya bile dpt menaip semula....ada byk idea2 ak yg dh tkubur perlu dikorek smula ni...so i'm back. wpon x leh menulis selalu tp at least 1 update every week or every 2 weeks should be ok kot...hahahaha

comel kn keyboard ku..hehehehe
ni la keyboard bru sy..warna kuning sgt attracting kn...colourful lg...yg paling menarik &mengujakn ialah ada button shortcut tuk bukak my music, my computer, internet also mail..nk mute volume pon leh tekan kat keyboard je..nk slow n kuat kn volume pon kat keyboard jgk. besh kn besh kn...hehehehe

smoga ngn keyboard ni byk bnde ak leh update kat blog ni..bnde yg merapak also info yg berilmiah.

p/s:- x sabo nk kenalkn min ho ho ho pd smua....

Wednesday, October 26, 2011

Happy Bday to Me

Hapy belated bday to me....akhirnya aku berusia 26 tahun jua...walaupun umur makin meningkat namun jiwa masih muda & rupa masih comel & cute miut..hehehehehe. since tiada orang yang nak puji aku maka aku selalulah angkat bakul & puja diri sendiri..hahahaha.

dan yg paling terbaek sempena besday ke 26 sy ini adalah surprise besday & makan2 yg dianjurkn oleh akak2 & bro sy dekat ofis...walaupun tak sampai setahun kita berkenalan tapi akak2 & bro dh celebrate besday sy, siap ada besday cupcake tue...tiada kata yg boleh diucapkn bg mengambarkn perasaan terharu saya. al- maklum lah dah lama tak de org celebrate my besday..even my parents pon kdg2 lupa nk wish..huhuhu. sekadar ucapan terima kasih mungkin tak cukup untuk membalas apa yg tlh akak2 & bro buat tuk saya pd 19.10.2011 ari tu....terima kasih seikhlas hati sy ucapkn.....really appreciate it & luv it. andai ada kata2 sy yg menguris hati akak2 & bro, i really sory bcoz sy masih belajar tuk menjaga hati org...dh 26 years old kne la lebih mature & pndai jg hati org..btul tak???

terima kasih diucapkn kpd puan nur ismawati yg sudi membuat cupcake yg sedap tuk sy, serta kroni2 beliau yg sama2 menjayakn mkn2 pd hari tersebut, puan mahsuri hashim & abg sham.....tak tahu nk terima kasih camne lg sbb sy sgt menghargainya...dpt jgk i mkn nasik lemak hari tu...hehehe.

Ni la cupcake besday sy...siap ada carrot lg.

 6 lilin tu = 26 tahun la tu

carrot cake + cheese = enak hingga menjilat jari

khas tuk besday gurl

chomel kn cupcake besday sy

ni la cupcake besday sy...carrot cake dgn topping cheese..siap ada nama i lg..hehehe. suke sgt cupcake ni, cam xnk mkn & nk frame kn tp dh mcm dao ming si la plak nnt..hehehe. k.wati ni mmg pndai wat kek, msk pon beliau pndai jgk..boleh dikatakn smua air tgn beliau mjadi la...tmbh lg air tgn k.suri, btmbh sedap la..mrk bdua ni klu dh mula memasak..kenyang la abg sham tmsk ngn aku skali kenyang....hehehe. klu nk mintak k.wati watkn cupcake tuk korg leh la pm dia kat facebook beliau....sy dh tlng promote ni, komisen ku jgn dilupe yer k.wati...hehehehehe

paling besh skali bile dato' pon nyanyikn lagu besday tuk aku...meen, fatim n ros pon turut menyumbangkn suara...nasib x nangis psl terharu, klu tak malu kat dato'. dh lama xde org nyanyikn lagu besday tuk aku psl tu la tharu lebih skit tu..hihihihi.

nk sambung cite psl wishes & harapan aku tuk umur 26 tahun ni tp nnt meleret xde sape nk bc...next time je la yer...tu pon klu x basi lg...hehehehe

p/s:- tak tahu nk beli apa as my besday present...al maklum la xde sape yg nk belikn adiah so tpksa la beli sndri....adakah BB @ jam @ fragrance @ bla bla bla bla

Friday, October 14, 2011

Untold Story: Crush

It's been a while. To be exact, almost a year you choose to be someone else husband. frankly speaking i'm really frustrated when I heard about your marriage after all you have promised to me. it take months for me to accept the fact that you are married. what I regret most, I wasted my tears also for months. at that moment, I really believe that I am in love with you which make me sad & mad when you be married. but then I  realise that it only a crush if not I won't likes other guys in a short time.
we never declared as couple but we act like one. we love talking to each other. we love hanging out together. we prank each other. we believe we in love with each other but then it only CRUSH.....

Friday, September 30, 2011

dari allah dia datang kepada allah dia kembali

al-fatihah buat arwah muhammad safuan bin safar. semoga allah menempatkan kamu bersama-sama orang yang beriman.



tanggal 27 september 2011, kembalilah seorang anak adam kepangkuan penciptaNya. semuanya berlaku sekelip mata dan dengan kuasa allah, seorang ibu kehilangan anak yang akan menjadi tunjang kehidupan mereka, seorang kakak kehilangan seorang adik tempat bermanja, seorang adik kehilangan seorang abang untuk  bergantung, seorang nenek kehilangan cucu yang disayangi dan aku kehilangan seorang sepupu.

walaupun berjumpa cuma setahun sekali namun kehilangannya tetap dirasai. namun siapa lah kami hendak menghalang ketentuan allah kerana kematian itu janji Allah yang pasti. 


al-fatihah.


p/s- nnt tpksa lg ajk org laen pg bcuti ke sabah....qada balik yg dh terlepas...hehehehe

Sunday, September 11, 2011

Kenangan raya 2011

belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin untuk segala ketelanjuran serta kekasaran bahasa & perbuatan yang mungkin sengaja & tak sengaja aku lakukan kepada semua samada yang berkaitan @ bau-bau bacang dengan diri yang hina di sisi ALLAH ini. Maklumlah manusia sememangnya lemah & tidak sempurna.


sudah lama teringin hendak mencoretkan sesuatu di blog ku ini tapi tiada kesempatan, al maklum la lappy sendirikan sudah nazak keyboardnya. Memandangkan semua pun masih dalam mood raya, aku pun teringin juga nak cerita pasal raya tahun 2011. besh raya ever & aku akan pastikan kekhilafan ini tidak berlaku lagi pada raya2 yang akan datang.

aku pun tak tahulah apa penyakit yang telah melanda minda aku sehinggakan kamera yang ada dalam beg tidak dikeluarkan dan sejarah tercipta di mana buat pertama kali yer dalam hidup aku takde satu pon gambar raya pada tahun ini. believe me memang aku takde 1 pon gambar raya. maka terpaksa la letak gambar lee min ho as profile pic aku sampailah raya haji nanti, di mana aku akan pastikan sebelum pegi solat raya aidiladha & selepas balik solat aku akan bergambar bagai nak rak...hihihi. bukan setakat aku je yang tak bergambar, the whole famili mmg xde gambar raya tahun ni..penat je la berbaju bru yg mahal harga yer.
tapi itu bukan penghujung dunia, insyaallah masih byk lagi raya yg akan aku sambunt andai diizinkn allah. 


yang buat aku gembira sekali pada raya kali ini adalah buat pertama kali dalam sejarah sepanjang 26 tahun (legally belum 26 years lg) aku hidup nie, aku pegi solat raya aidilfitri...terukkan aku? dah lama hidup tapi baru 1st time dpt pegi menunaikan solat sunat aidilfitri...but better late than never. so azam aku kalu diizinkn allah, insyaallah aku xnk missed lg solat raya. ada 1 perasaan yang tak tergambar sewaktu aku menunaikan solat tu, tak tahu nak cerita camne, so pada yg tak pernah solat sunat aidilfitri tu, apa kata raya haji nnt cubalah, pasti akan rasa seseuatu....sukar nak diceritakan ketenangan & kegembiraan yg dirasai sewaktu menunaikan solat sunat aidilfitri. so my advices, if u guys got oppurtunity, jgn lepaskan, peluang tak datang berkali2.


so xde apa lagi nak cite, nk share gmbr pon 1 gmbr pon xde...sedey mmg sedey..pedih hati, pedih sekali mengenang diri tiada gambar hari raya..huhuhu. klu ada kesempatan lg, akan ku m'blogging lg...sehingga btemu lg di kesempatan yg lain....have fun guys....


p/s: klu beli keyboard external, still relevant lg ke zaman ni???

Saturday, August 20, 2011

My lovely lappy is nazak

dengan rasa pedih di hati terpaksa aku umumkan bahawa lappy kesayangan aku yang sudah bersama aku bersusah senang selama hampir 9 tahun telah nazak...keyboardnya sudah tidak mampu untuk menaip beberapa perkataan penting seperti 'm','u','i','o','p' & etc.

sedih rasanya tak dapat menaip dengan lappyku lagi. banyak aktiviti tergendala, nak update status di facebook dan tweet di twiter tidak semudah dulu lagi, apatah lagi nak update entry kat blog. habis semua idea-idea untuk post baru terbang dibawa angin....

oh lappy kenapa engkau sakit di kala aku tidak mampu mencari penggantimu. nasib baiklah dikau masih boleh digunakan untuk menonton cerita korea..lalalala

so guys after this kalau dah tiada  kata-kata dariku lagi bukan bermakna aku menghilang, cuma keadaan menghalang, so kita tonton maaduu.com je la.

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban

Umum mengetahui yang kita kini sudah berada dalam bulan syaaban di mana selepas ini semua umat islam akan menunaikan rukun islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. sebagai mana yang semua ketahui di dalam bulan syaaban terdapat satu malam penting iaitu malam nisfu syaaban, malam di mana buku amalan kebaikan dan kejahatan bagi tempoh setahun kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku amalan yang baru. 

Nisfu dalam bahasa arab disebut nisf yang bermaksud setengah. Oleh yang demikian nisfu syaaban merujuk kepada setengah bulan syaaban dekat kata lain pertengahan bulan syaaban. maka malam nisfu syaaban ialah malam lima belas syaaban di mana siangnya merupakan empat belas hari bulan syaaban. ini kerana dalam islam hari baru bermula selepas waktu maghrib. Macam hari ini 16 jun 2011 mengikut kelendar masihi merupakan 14 syaaban mengikut kalendar hijrah dan malamnya merupakan malam 15 syaaban di mana kita digalakkan beribadat. 

Hadis mengenai tuntutan beribadat pada malam nisfu syaaban merujuk kepada:- 
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam nisfu syaaban.
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Riwayat Imam Al-Baihaqi r.a

Pada malam nisfu syaaban umat islam digalakan untuk membaca surah yassin sebanyak 3 kali sebaik saja selesai solat maghrib. Bacaan yassin yang pertama disudahi dengan doa untuk keselamatan di dunia akhirat dan diberikan kesempurnaan imam sehingga akhir hayat serta diampunkan dosa diri dan kedua ibu bapa. Bacaan yassin yang kedua pula disusuli dengan doa supaya dipanjangkan umur dan diberkati Allah. Manakala bacaan yassin yang terakhir disudahi dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang halal. 

Pada hari nisfu syaaban buku catatan amalan baik dan buruk kita selama setahun yang terletak di bahu kanan dan kiri akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Buku catatan amalan baru akan mula mencatit segala perbuatan baik dan buruk kita sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Melihat kepada peristiwa yang berlaku pada malam nisfu syaaban, ia dikatakan malam yang penuh rahmat dan berkat seperti malam lailatul qadr. Dengan keberkatan yang ada pada malam ini, moleklah kita bersama beribadat semampu mana untuk menambah catatan amalan baik di bahu kanan kita kerana yang baik itu sukar dilakukan sedangkan yang buruk itu mudah saja dilakukan tanpa kita sedari.

surah yassin untuk bacaan kita bersama pada malam nisfu syaaban

Dan selepas membaca yassin bolehlah membaca doa yassin malam nisfu syaaban ini:-

doa ini aku cedok dari al-azkar.blogspot.com. kalau ada kelapangan jemputlah ke laman tersebut kerana banyak ilmu yang dapat kita ambil di sana seperti doa, 
cara-cara solat sunat etc.
untuk terjemahan doa ini, bolehlah melawat ke laman ini