Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban

Umum mengetahui yang kita kini sudah berada dalam bulan syaaban di mana selepas ini semua umat islam akan menunaikan rukun islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. sebagai mana yang semua ketahui di dalam bulan syaaban terdapat satu malam penting iaitu malam nisfu syaaban, malam di mana buku amalan kebaikan dan kejahatan bagi tempoh setahun kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku amalan yang baru. 

Nisfu dalam bahasa arab disebut nisf yang bermaksud setengah. Oleh yang demikian nisfu syaaban merujuk kepada setengah bulan syaaban dekat kata lain pertengahan bulan syaaban. maka malam nisfu syaaban ialah malam lima belas syaaban di mana siangnya merupakan empat belas hari bulan syaaban. ini kerana dalam islam hari baru bermula selepas waktu maghrib. Macam hari ini 16 jun 2011 mengikut kelendar masihi merupakan 14 syaaban mengikut kalendar hijrah dan malamnya merupakan malam 15 syaaban di mana kita digalakkan beribadat. 

Hadis mengenai tuntutan beribadat pada malam nisfu syaaban merujuk kepada:- 
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam nisfu syaaban.
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Riwayat Imam Al-Baihaqi r.a

Pada malam nisfu syaaban umat islam digalakan untuk membaca surah yassin sebanyak 3 kali sebaik saja selesai solat maghrib. Bacaan yassin yang pertama disudahi dengan doa untuk keselamatan di dunia akhirat dan diberikan kesempurnaan imam sehingga akhir hayat serta diampunkan dosa diri dan kedua ibu bapa. Bacaan yassin yang kedua pula disusuli dengan doa supaya dipanjangkan umur dan diberkati Allah. Manakala bacaan yassin yang terakhir disudahi dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang halal. 

Pada hari nisfu syaaban buku catatan amalan baik dan buruk kita selama setahun yang terletak di bahu kanan dan kiri akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Buku catatan amalan baru akan mula mencatit segala perbuatan baik dan buruk kita sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Melihat kepada peristiwa yang berlaku pada malam nisfu syaaban, ia dikatakan malam yang penuh rahmat dan berkat seperti malam lailatul qadr. Dengan keberkatan yang ada pada malam ini, moleklah kita bersama beribadat semampu mana untuk menambah catatan amalan baik di bahu kanan kita kerana yang baik itu sukar dilakukan sedangkan yang buruk itu mudah saja dilakukan tanpa kita sedari.

surah yassin untuk bacaan kita bersama pada malam nisfu syaaban

Dan selepas membaca yassin bolehlah membaca doa yassin malam nisfu syaaban ini:-

doa ini aku cedok dari al-azkar.blogspot.com. kalau ada kelapangan jemputlah ke laman tersebut kerana banyak ilmu yang dapat kita ambil di sana seperti doa, 
cara-cara solat sunat etc.
untuk terjemahan doa ini, bolehlah melawat ke laman ini