Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

JALAN2 CARI MAKAN - LANGKAWI

Setiap kali aku menganggur mesti aku pergi Makan angin. Kali ini aku melancong ke Pulau langkawi yang terkenal dgn lagenda mahsuri. Sebenarnya tahun 2013 je dah 2 kali aku melancong ke langkawi. First time bulan 2 lepas, perlancongan keluarga, abis tok nenek mak sedara aku angkut. Kali ni plak dgn bff aku time universiti dlu, part of TT..ktorg je yg tinggal, yg lain semua dh lupe diri.

                                        

Bukan ktorg xnk pg pangkor @ tioman tp timing tak kena..short & shock vacation maka langkawi lah tmpt paling sesuai sekali untuk dilawati oleh kami yg busy dgn xtvt sndri...in fact langkawi ada byk coklat n pinggan mangkuk murah..sesuai lah tuk aunty2 cam ktorg ni.

Percutian 3 hari 2 mlm kami mmg destinasi budget n penuh dgn agenda emosi masing2. Since aku menganggur terhormat maka budget yg aku habiskn lebih kurang rm300 je..tu pon dh tolak dgn kehendak n nafsu..klu campur boleh abis simpanan bersara pendek aku ni..huhuhu

Perjalanan kami bermula pada hari sabtu ptg 30/11/13. Naik feri di jeti kuala perlis, tq to my adik yg sudi hantar kami ke kuala perlis. Tiket feri dari jeti kuala perlis berharga RM23. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit. Naik feri jam 3.45 pm jejak kaki di langkawi lebih kurang jam 5.15 pm. Orang memang ramai berduyung2 ke langkawi. Persoalannya tak tahu kenapa..aku sendiri dh berkali2 pergi langkawi tetap nak pegi lagi...cam ada tarikan mistik di sana.

Sampai di langkawi tempat pertama yg kami tuju ialah DATARAN LANG. Mmg x pernah dibuat org heret beg pegi situ tp sapa kisah we all are TT members, buat perkara pelik mmg speciality kami. Bagi yg tak tahu di dataran lang terbina 1 statue burung helang yg besar. Langkawi kan antara landmark utamanya ialah burung helang.

                                     

Puas tgkp gbr kat situ, kami cari teksi ke pantai cenang. First time aku tido kat area situ. Kalu nk tahu pantai cenang kawasan tumpuan mat saleh..feeling kat miami lah nanti..hahaha. tambang teksi ke pantai cenang RM28. Lebih 30 minit perjalanan kami tiba di pantai cenang. Check in kat mali perdana resort. 1st time tido sini. Kaunter reception mmg nampak old, bilik ok lah tuk percutian budget...nak tido je pon tp yg faboluos yer ialah pokok yg menghadap laut...resort kitorg ada laut kot...yg ni mmg amazing n buat aku nk dtg lg.

                            

SeJak2 bersara ni mmg take picture pemandangan mmg kesukaan aku...nanti aku share smua gbr cantik tu. Tgk btul tak aku cakap pokok ni mmg inspirasi..tambah lg ngn sunset mmg sesuatulah.
                                             

Malam ktorg buat xtvt bebas...yg utama haruslah makan. Balik bilik n tido. Makan malam di pantai cenang, nasik goreng and air laici berharga RM8.50...standardlah tu harganya..semua naik. malam tido awal sbb esk nak pegi island hoping. register kat kaunter resort and buat bayaran RM30. esk pagi pengusaha yg buat island hoping akan pick up depan resort so tiada masalah pengangkutan bagi siapa tak menyewa kenderaan.

to be continued....

p/s:- dok saja pon aku malas menulis..hidup memang tak 'produktive' sungguh

Friday, December 6, 2013

Sebiji epal beribu khasiat

Boleh dikatakan aku bukan seorang peminat buah-buahan namun selepas membaca satu artikel mengenai kebaikan epal hijau terus aku berkobar-kobar nak menikmati epal hijau memandangkan  ia memberi kebaikan especially kepada mereka yang nak menurunkan berat badan. Aku bukan obsess sangat nak turunkan berat badan but since my bff semua sibuk nak turunkan berat badan so terpengaruhlah juga nak kurangkan berat badan cam zaman-zaman study dulu.


Untuk pengetahuan kengkawan, epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A serta vitamin B. Banyakkan vitamin yang ada dimana semua ini merupakan serat yang mudah larut.

Dengan menikmati epal hijau kita boleh membantu diri kita mencegah:-
a) pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
b) mengurangkan risiko penyakit jantung
c) membantu kesihatan membran paru-paru
d) membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
e) membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
f) membantu mengekalkan berat badan – THIS ONE i LOIKE
g) mengurangkan tekanan penyakit asma
h) mengurangkan risiko barah

Memandangkan sekarang ini banyak penyakit yang bisa membunuh kita secara senyap, maka langkah pencegahan harus kita ambil.

Selain daripada membantu kita mencegah kemungkinan2 tersebut di atas, bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, meminum epal hijau bersama seleri yang dikisar pada setiap hari sebelum sarapan dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Bagi yang ingin mencari penyegar asli tanpa memgunakan penyegar yang ada di pasaran, jangan tak tahu yang epal hijau juga boleh menjadi penyegar kulit wajah. Hanya perlu potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Setelah itu letakkan di muka dan biar selama 15 minit. Kulit pasti terasa segar. Jika dilakukan selalu insyaallah licin kulit kita – MeStI bUaT InI

Epal hijau sering tidak menjadi pilihan kerana rasanya yang masam namun sebenarnya zat masam dalam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. - YaNg InI BaRu Ku TaHu

Jadi mari mulakan menikmati epal hijau. Jangan lupa makan sekali dengan kulit kerana kebanyakan kandungan vitamin C terletak di bawah kulit epal.


MaRi MaKaN ePaL hIJaU

                                                   

P/S - terasa nak jadi fotographer pemandangan plak rasanya