Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Sunday, January 19, 2014

KALUNG SAYIDATINA FATIMAH

Sayidatina Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari, seorang tua yang miskin datang ke rumahnya. “Wahai Fatimah, aku kelaparan. Rasulullah menyuruhku datang ke sini. Mungkin ada sesuatu yang boleh engkau berikan kepadaku.”

“Apa yang hendak aku berikan. Sedangkan di rumahku tidak ada apa-apa makanan pun,” bisik hati Sayidatina Fatimah. “Tunggu sebentar ya,” kata Fatimah lalu masuk ke dalam bilik mengambil sekeping kulit kambing tempat alas tidur anak-anaknya.

“Wahai puteri Rasulullah, ia tidak cukup untuk membeli makanan,” kata si pengemis. Saidatina Fatimah rasa serba salah. “Ya Allah, tolanglah hamba-Mu ini.” Tiba-tiba Sayidatina Fatimah teringatkan seutas kalung pemberian mak ciknya.

Segera Sayidatina Fatimah mengambil kalungnya, kemudian diberikan kepada orang tua itu. “Ya Allah, aku tidak akan dapat membalas kebaikan Fatimah, moga Engkau balaskannya dengan Syurga,” doa orang tua itu.
Dengan sukacitanya orang tua itu pergi menemui Rasulullah s.a.w. Dia menunjukkan kalung puteri baginda. “Hai orang tua, mahukah engkau jual kalung itu kepadaku?” tanya Sayidina Abdul Rahman bin Auf yang berada di sisi baginda. Orang tua itu pun menjual kalung yang berkilau-kilau itu setelah mendapat keizinan Rasulullah.

“Berikan aku beberapa potong daging untukku bawa pulang ke kampungku,” kata orang tua itu.

Sayidina Abdul Rahman pun menyerahkan dua puluh dinar dan seratus dirham, beberapa potong roti, daging, pakaian serta seekor unta untuk membawa orang tua itu ke kampungnya.

“Ya Allah, balaslah kebaikan Fatimah,” doa orang tua itu lagi. Beberapa hari kemudian, seorang hamba Sayidina Abdul Rahman bernama Saham berjumpa Nabi. “Ya Rasulullah, tuan saya menyerahkan kalung ini kepda tuan. Termasuk diri saya juga diserahkan kepada tuan.”

“Pergilah ke rumah Fatimah. Serahkan kalung ini kepadanya. Engkau juga kuberikan kepada Fatimah,” kata Rasulullah dengan senyum.

Saham pun menyampaikan pesanan Rasulullah kepada Fatimah. “Alhamdulilah, engkau telah menjadi hakku. Kini engkau aku bebaskan,” kata Sayidatina Fatimah. Saham berasa sangat gembira. “Besar sungguh jasa kalung ini. Ia telah mengayakan orang miskin dan kini aku pula bebas.”


Begitulah pemurahnya Sayidatina Fatimah seperti ayahandanya. Walaupun miskin, Sayidatina Fatimah tidak menghampakan orang yang memerlukan bantuan. Syurgalah yang layak baginya.



p/s: semoga aku istiqamah dalam usaha menginfaqkan hartaku walau sedikit ikhlas kerana Allah..amin

Friday, December 6, 2013

Sebiji epal beribu khasiat

Boleh dikatakan aku bukan seorang peminat buah-buahan namun selepas membaca satu artikel mengenai kebaikan epal hijau terus aku berkobar-kobar nak menikmati epal hijau memandangkan  ia memberi kebaikan especially kepada mereka yang nak menurunkan berat badan. Aku bukan obsess sangat nak turunkan berat badan but since my bff semua sibuk nak turunkan berat badan so terpengaruhlah juga nak kurangkan berat badan cam zaman-zaman study dulu.


Untuk pengetahuan kengkawan, epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A serta vitamin B. Banyakkan vitamin yang ada dimana semua ini merupakan serat yang mudah larut.

Dengan menikmati epal hijau kita boleh membantu diri kita mencegah:-
a) pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah
b) mengurangkan risiko penyakit jantung
c) membantu kesihatan membran paru-paru
d) membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
e) membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
f) membantu mengekalkan berat badan – THIS ONE i LOIKE
g) mengurangkan tekanan penyakit asma
h) mengurangkan risiko barah

Memandangkan sekarang ini banyak penyakit yang bisa membunuh kita secara senyap, maka langkah pencegahan harus kita ambil.

Selain daripada membantu kita mencegah kemungkinan2 tersebut di atas, bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, meminum epal hijau bersama seleri yang dikisar pada setiap hari sebelum sarapan dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Bagi yang ingin mencari penyegar asli tanpa memgunakan penyegar yang ada di pasaran, jangan tak tahu yang epal hijau juga boleh menjadi penyegar kulit wajah. Hanya perlu potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Setelah itu letakkan di muka dan biar selama 15 minit. Kulit pasti terasa segar. Jika dilakukan selalu insyaallah licin kulit kita – MeStI bUaT InI

Epal hijau sering tidak menjadi pilihan kerana rasanya yang masam namun sebenarnya zat masam dalam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. - YaNg InI BaRu Ku TaHu

Jadi mari mulakan menikmati epal hijau. Jangan lupa makan sekali dengan kulit kerana kebanyakan kandungan vitamin C terletak di bawah kulit epal.


MaRi MaKaN ePaL hIJaU

                                                   

P/S - terasa nak jadi fotographer pemandangan plak rasanya

Sunday, March 10, 2013

Pemandu Malaysia

seorang pemandu memandu kelisa, pemandu yang lain memandu civic
seorang pemandu lain memandu bmw, pemandu yang seorang itu memandu ford
banyak pemandu memandu pelbagai jenama kenderaan di jalanan
seorang yang lain cuma berbekalkan kaki
berdiri di tepian jalan menanti saat menyeberang
saat terlihat si kelisa bergerak perlahan
minda mahu menyeberang namun kaki tidak melangkah
tika kaki mula melangkah, bmw terlihat bergerak perlahan
rupanya memecut laju
akhirnya si pejalan kaki berlari anak walaupun kenderaan itu bergerak laju
itulah pemandu malaysia yang tidak bertoleransi
namun di seberang jalan sana
kelihatan seorang pemandu lelaki inggeris
memandu sebuah jip lama menbunyikan hon
sebagai isyarat kepada si pejalan kaki
lintaslah jalan ini kerna aku sudah berhenti
itulah pemandu inggeris yang bertoleransi



p/s - padanlah lelaki inggeris menjadi pilihan wanita melayu termasuklah aku..hikhikhik


ini lelaki inggeris pilihan saya...he is hot rite???

Wednesday, April 11, 2012

Bencana Amaran Allah

Inalillah..hari ini kita digemparkan dgn berita gempar bumi yg melanda bumi indonesia. Gempa bumi yg berskala 8.5 rektar itu menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di negara2 spt malaysia, thailand, india, singapore serta kwsan2 lain.

Kini , walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, tidak bermakna doa & pengharapan kepada allah turut ditarik sedangkan tatkala kita menerima berita bencana, berduyun doa kita panjatkn kpd Allah.

Allah telah berfirman dlm surah an-nisaa' ayat 79 "apa jua kebaikan nikmat kesenangan yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari kesalahan dirimu sendiri", jelas menyatakan bahawa bencana yg diturunkn allah adalah sebagai peringatan kpd hambaNya ttg kesalahan yg kita tlh lakukn....


Oleh yg demikian, marilah kita sama2 menginsafi diri & trus bdoa agar kita tergolong dlm golongan umat muhammad yg beriman.




p/s - dh lama x updates, otak pon beku tp ttp nk share something as peringatan tuk diri sendiri

Saturday, July 16, 2011

Malam Nisfu Syaaban

Umum mengetahui yang kita kini sudah berada dalam bulan syaaban di mana selepas ini semua umat islam akan menunaikan rukun islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. sebagai mana yang semua ketahui di dalam bulan syaaban terdapat satu malam penting iaitu malam nisfu syaaban, malam di mana buku amalan kebaikan dan kejahatan bagi tempoh setahun kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku amalan yang baru. 

Nisfu dalam bahasa arab disebut nisf yang bermaksud setengah. Oleh yang demikian nisfu syaaban merujuk kepada setengah bulan syaaban dekat kata lain pertengahan bulan syaaban. maka malam nisfu syaaban ialah malam lima belas syaaban di mana siangnya merupakan empat belas hari bulan syaaban. ini kerana dalam islam hari baru bermula selepas waktu maghrib. Macam hari ini 16 jun 2011 mengikut kelendar masihi merupakan 14 syaaban mengikut kalendar hijrah dan malamnya merupakan malam 15 syaaban di mana kita digalakkan beribadat. 

Hadis mengenai tuntutan beribadat pada malam nisfu syaaban merujuk kepada:- 
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam nisfu syaaban.
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Riwayat Imam Al-Baihaqi r.a

Pada malam nisfu syaaban umat islam digalakan untuk membaca surah yassin sebanyak 3 kali sebaik saja selesai solat maghrib. Bacaan yassin yang pertama disudahi dengan doa untuk keselamatan di dunia akhirat dan diberikan kesempurnaan imam sehingga akhir hayat serta diampunkan dosa diri dan kedua ibu bapa. Bacaan yassin yang kedua pula disusuli dengan doa supaya dipanjangkan umur dan diberkati Allah. Manakala bacaan yassin yang terakhir disudahi dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang halal. 

Pada hari nisfu syaaban buku catatan amalan baik dan buruk kita selama setahun yang terletak di bahu kanan dan kiri akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Buku catatan amalan baru akan mula mencatit segala perbuatan baik dan buruk kita sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Melihat kepada peristiwa yang berlaku pada malam nisfu syaaban, ia dikatakan malam yang penuh rahmat dan berkat seperti malam lailatul qadr. Dengan keberkatan yang ada pada malam ini, moleklah kita bersama beribadat semampu mana untuk menambah catatan amalan baik di bahu kanan kita kerana yang baik itu sukar dilakukan sedangkan yang buruk itu mudah saja dilakukan tanpa kita sedari.

surah yassin untuk bacaan kita bersama pada malam nisfu syaaban

Dan selepas membaca yassin bolehlah membaca doa yassin malam nisfu syaaban ini:-

doa ini aku cedok dari al-azkar.blogspot.com. kalau ada kelapangan jemputlah ke laman tersebut kerana banyak ilmu yang dapat kita ambil di sana seperti doa, 
cara-cara solat sunat etc.
untuk terjemahan doa ini, bolehlah melawat ke laman ini