8/7/2012, my besh companion telah diambil semula oleh allah...alangkan pedih hatiku menghadapi kehilangan ia. wpon ia hanya seekor kucing namun ia sudah bersama aku sejak ia kecil..byk suka duka kita telah lalui bersama. tatkala aku bduka kerna dikhianati, ia sentiasa menemaniku terutama ketika diri bergenang dengan sendu & airmata. walaupun aku mengerti ia tidak memahami diri ini, namun pandangan mata nya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi diri ini.
sehingga kini aku masih merasakan kehilangan ia...ditipu manusia & ditinggalkan juga tidak sepedih ditinggalkan puteeh...semoga ia tenang di sana & semoga kita bertemu di syurga.
lets it rest in peace
p/s:- this post so basi..sbb batang melur yg aku pacak kat kubur ia pon dh nk start berbunga
Minggu ni mmg minggu yg hactic buat aku...penghijrahan, rumah bersepah n puteeh sakit. Siapa sangka di sebalik kaki yg membengkak itu terisi nanah yg bisa merosakkan kakinya. Teruk jugalah aku di marahi oleh doktor sebab tidak menjaga kebajikan kucingku itu.
Menjaga kucing yang sakit mmg tidak semudah yg disakit..oleh kerana kesakitannya melibatkan kaki, maki ia tidak mampu membuang air kecil dan besar dengan sempurna sehingga kerja aku setiap hari sebelum dan selepas balik kerja adalah membasuh taik dan memandikan ia yang berlumur dgn taik. Naik kecut kaki tangan aku asik membasuh malam2....lantai kat umah aku pon bersih berkilat2 sbb asik di mop oleh diriku.
Yang paling sukar ialah memberi ia makan ubat, 1-2 hari pertama selepas minor surgery, mudah sungguh puteeh makan ubat, mungkin kerana deria rasa beliau yg masih belum sihat. Namun selepas beberapa hari, punyalah payah nak bagi makan sampai, aku naik give up..akhirnya malam jew lah dia makan ubat..padanlah lambat sembuh. Memang puteeh ikut perangai tuan yer yg xsuka makan ubat..akulah tu.
Sekarang yang paling membimbangkan aku, selera makan ia makin berkurang, kdg2 langsung tak nak makan walaupun aku telah merebus ikang segar untuk ia. so risau bila ia tak makan sbb camne nk cpt sembuh kalu x makan.
Paling tak tahan sekali bila time malam, suka sangat tidur sebelah aku sehingga aku tak boleh tidoq ganas lagi takut terkena luka ia...tapi tak mungkin, dgn cara itu, cepat sikit ia sembuh.
Aku pon tak pasti berapa lama lagi ia boleh bertahan, memandangkan lubang di kaki ia sering mengeluarkan darah bernanah yang banyak. Harapan aku ia cepat sembuh, namun kalau itu takdirnya, terpaksalah aku redha.
Puteeh after treatment
After berhari2 tak tidur
Luka di kaki ia
p/s:- mata mengantuk, buat kerja malas, akhirnya memblogging kat ofis
Dah lama tak blogging skali tajuk post mcm nk bentangkn laporan kewangan negara jew...sebenarnya aku pon tak tahu nak tulis apa...tgh buat keje kat ofis skali tangan bukak page blog aku yg dh lama berabuk ni...so aku pon menulislah.
Sedar tak sedar dah masuk bulan jun...6 bulan telah berlalu dalam tahun 2012 dan tinggal lagi 6 bulan genap 2 tahun aku kerja as advocates & solicitors...walaupun sekejap namun banyak yang aku belajar sepanjang aku berada dekat sini...work so hard, play also so hard...hahaha.
Sekian, updates kali ini....(memang mengular betul aku ni)
p/s:- mak dah nak pindah, aku tak register lagi kelas memandu, tak reti bawak kete xleh jd calon istri johan botak..hukhukhuk
Inalillah..hari ini kita digemparkan dgn berita gempar bumi yg melanda bumi indonesia. Gempa bumi yg berskala 8.5 rektar itu menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di negara2 spt malaysia, thailand, india, singapore serta kwsan2 lain.
Kini , walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, tidak bermakna doa & pengharapan kepada allah turut ditarik sedangkan tatkala kita menerima berita bencana, berduyun doa kita panjatkn kpd Allah.
Allah telah berfirman dlm surah an-nisaa' ayat 79 "apa jua kebaikan nikmat kesenangan yang engkau dapati maka ia adalah daripada Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari kesalahan dirimu sendiri", jelas menyatakan bahawa bencana yg diturunkn allah adalah sebagai peringatan kpd hambaNya ttg kesalahan yg kita tlh lakukn....
Oleh yg demikian, marilah kita sama2 menginsafi diri & trus bdoa agar kita tergolong dlm golongan umat muhammad yg beriman.
p/s - dh lama x updates, otak pon beku tp ttp nk share something as peringatan tuk diri sendiri