Hahahaha...akak mmg dah x berskill. Nampaknya akak kne bersara jadi ahli sihir sbb semak samun blog akak ni ditumbuhi lalang. Setahun lepas akak kata akak nk try blogging semula tapi haram. Palsu je smua kata-kata akak tu. Harap2 takde lah yg percaya.
Punyalah lama akak tak melawat blog akak, sampai password blog pon akak dah lupa...akak dah mmg pelupa, pstu urat putus lg...mmg tak berupayalah. Nsb baiklah akak ni hebat meneka...teka2 kena lah plak.
By da way mcm2 jadi dkt akak setahun yg lepas, hopefully nanti rajinlah akak bercerita dengan lebih lanjut. Rasanya sekarang boleh akak start memblogging lagi at least seminggu sekali memandangkan akak dah pakai pakej data yg memang berbaloi2.
kali ini akak mesti jayakan blog akak balik sbb dah lama sgt bertapa dalam gua takut nnt nk jumpa org tak reti pulak berkata2. Lagipun akak kne jaga emosi akak supaya sentiasa tenang & gembira,,,dulu2 blogging ni mmg mengembirakan akak
Bila terpampang je blog akak, nmpklah time path...rupa2nya akak dah kawin dkt setahun, seminggu & 6 hari....pasal ni pon akak x penah cite lagi. in sha allah dgn data yg byk pasti akak war2 jgk...hahahaha(sapa percaya mmg kesian).
P/S:- Disebabkan kekangan masa & keadaan, laki akak bawak balik je kek ni tapi 1 je yg akak boleh ucap dalam hati..."semua yang kamu lakukan ke saya itu...JAHAT".
Akhirnya cik ahli sihir jumpa jua jalan ke blog ni...dah lama tak bukak, mmg bersawang satu-satunya blog akak ni.... Hampir berabad jua akak tidak mengupdate apa2 post mengenai dunia, masyarakat & diri akak..bukan setakat blog, hatta FB, twitter serta instagram pon akak maleh nk update..shaiton apakah yg telah merasuk akak... lama tak lama lah sehingga akak yg dulu digelar cik ahli sihir kini telah bertukar menjadi puan ahli sihir...inai dijari pon hampir pudar...klu ada rzeki mgkn perut beranak selain drpd anak perut.... hopefully lepas ni rajinlah akak mengupload....life need inspiration and writing should be one. As a start, bio ia pendek dlu....esk2 akak upload lg yer. Abbracadabra.....esk mgkn terpost sendiri...skill ahli sihir kene asah semula ni p/s:- selamat berpuasa rakyat dunia
Sayidatina Fatimah adalah puteri kesayangan Rasulullah s.a.w.
Pada suatu hari, seorang tua yang miskin datang ke rumahnya. “Wahai Fatimah,
aku kelaparan. Rasulullah menyuruhku datang ke sini. Mungkin ada sesuatu yang
boleh engkau berikan kepadaku.”
“Apa yang hendak aku berikan. Sedangkan di rumahku tidak ada
apa-apa makanan pun,” bisik hati Sayidatina Fatimah. “Tunggu sebentar ya,” kata
Fatimah lalu masuk ke dalam bilik mengambil sekeping kulit kambing tempat alas
tidur anak-anaknya.
“Wahai puteri Rasulullah, ia tidak cukup untuk membeli
makanan,” kata si pengemis. Saidatina Fatimah rasa serba salah. “Ya Allah,
tolanglah hamba-Mu ini.” Tiba-tiba Sayidatina Fatimah teringatkan seutas kalung
pemberian mak ciknya.
Segera Sayidatina Fatimah mengambil kalungnya, kemudian
diberikan kepada orang tua itu. “Ya Allah, aku tidak akan dapat membalas
kebaikan Fatimah, moga Engkau balaskannya dengan Syurga,” doa orang tua itu.
Dengan sukacitanya orang tua itu pergi menemui Rasulullah
s.a.w. Dia menunjukkan kalung puteri baginda. “Hai orang tua, mahukah engkau
jual kalung itu kepadaku?” tanya Sayidina Abdul Rahman bin Auf yang berada di
sisi baginda. Orang tua itu pun menjual kalung yang berkilau-kilau itu setelah
mendapat keizinan Rasulullah.
“Berikan aku beberapa potong daging untukku bawa pulang ke
kampungku,” kata orang tua itu.
Sayidina Abdul Rahman pun menyerahkan dua puluh dinar dan
seratus dirham, beberapa potong roti, daging, pakaian serta seekor unta untuk
membawa orang tua itu ke kampungnya.
“Ya Allah, balaslah kebaikan Fatimah,” doa orang tua itu
lagi. Beberapa hari kemudian, seorang hamba Sayidina Abdul Rahman bernama Saham
berjumpa Nabi. “Ya Rasulullah, tuan saya menyerahkan kalung ini kepda tuan.
Termasuk diri saya juga diserahkan kepada tuan.”
“Pergilah ke rumah Fatimah. Serahkan kalung ini kepadanya. Engkau
juga kuberikan kepada Fatimah,” kata Rasulullah dengan senyum.
Saham pun menyampaikan pesanan Rasulullah kepada Fatimah. “Alhamdulilah,
engkau telah menjadi hakku. Kini engkau aku bebaskan,” kata Sayidatina Fatimah.
Saham berasa sangat gembira. “Besar sungguh jasa kalung ini. Ia telah
mengayakan orang miskin dan kini aku pula bebas.”
Begitulah pemurahnya Sayidatina Fatimah seperti ayahandanya. Walaupun
miskin, Sayidatina Fatimah tidak menghampakan orang yang memerlukan bantuan. Syurgalah
yang layak baginya.
p/s: semoga aku istiqamah dalam usaha menginfaqkan hartaku walau sedikit ikhlas kerana Allah..amin
Sunset atau dalam bahasa melayu matahari terbenam adalah hukum alam yang sangat cantik jika dipotretkan. Feel free to enjoy gambar2 sunset di tepi pantai yg tlh i potretkn melalui NOTE2 ku...
Sejak mengganggur take picture dah jadi hobby baru...so gambar cantik yg i tgkp klu simpan dlm tefon pon buat rugi..klu tefo hilang dh xde gambar cantik so i nk share lah dgn uolls dlm post INDAH CIPTAAN ALLAH...feel free to enjoy the pictures...rase bangga pulak tgk hasil NOTE2 i..hikhikhik
Oren menarik jiwa
Si manis Orked
Pink yang menarik pandangan mata
Ratu bunga yang harum semerbak bau
p/s:- gambar yang kaku menceritakan pelbagai kisah
Hari kedua di langkawi. Banyak aktiviti yang telah dirancang. Waktu pagi kami buat xtvt laut session menghitamkn kulit. After bekfast nasi lemak langkawi dgn harga RM6, kami menuju ke jeti utk memulakn xtvt island hoping. Lebih kurang jam 10 pagi kami meredah lautan...akhirnya dpt jgk aku mengayakan topi time pg island hoping..murah je RM10. Tuk pkai saja...cheaper is better.
akhirnya dapat jua
Kami di bawa ke tasik dayang bunting. Tasik di tgh lautan. Indah ciptaan allah bila tasik ni tawar sedangkn lautan disekelilangnya masin. Allah itu maha esa. Kata org psgn yg dh lama kawin tp xde ank boleh lah mcuba mandi di tasik ini insyaallah dgn izin allah pasti mengandung. Keberkesanannya aku mmg x tahu...nk cite lebih2 better u olls google je TASik DAYANG BUNTING LANGKAWI....semua yg penting, sejarah n lagenda ada di hujung jari...I cuma nk cite budget n share gambar je. Kat sini ktorg main paddle car solar. Sewa RM30.00 sbb ada solar. Yg biasa kayuh sendiri RM20.00. Dh sewa tu bolehlah mengayuh sekitar tasik selama sejam. Main ni pnya psl smpai lmbt naik bot. Yg penting ktorg take picture mgalahkn pre wedding Che Ta. Beware yer kat sini byk kera...
bukit yang kelihatan seperti perempuan mengandung
Lps sejam kat tasik ktorg pg tgk helang plak. Nasib baik sbb byk helang hari. Bermacam2 jenis helang ada kat situ, nk ckp pon x tahu....kamera x high devision so smua helang nmpk sama je.
Dok menengok helang lebih kurang 20 min ktorg bergerak ke pantai beras basah. Kat pantai ni mmg tmpt org mandi. Ktorg spt biasa take picture je...mcm2 jenis gambar ktorg amik n yg paling I loike ialah gambar melompat..dh lama teringin nk buat...see u'olls igt elfira je boleh melompat...hahahaha.
best pic ever
Lps puas take picture...ktorg balik resort. Mandi2 siap2 mkn2 n xtvt ptg...rombongan cik yah ke underwater world. Since ini pcutian budget so ktorg mmg jln sekitar pantai cenang je...lgpun underwater world mmg sebelah resort ktorg je. Ikutkn last skali aku pg time tgktn 4 rse yer..few years back smpai x larat kira. Tiket masuk tuk pemegang IC malaysia ialah RM28 tapi bagi pekerja kerajaan jika dpt tunjukkn pas pkerja dapat beli tiket dengan harga RM22. Untung aku kawan dgn pgawai kerajaan ni..hahaha
Kat dlm underwater world ni mmg byk ikan lah..pelbagai jenis..macam2 warna...yg biasa nampak, yang x biasa nampak pon byk...yg nama biasa dgr ada, yg nama pelik pon ada...pendek kata mcm2 ada. Yg istimewa yer kat sini ialah penguins. Jd jakun aku menengok pengiun. Tgk singa laut pon nk duk dpn...org feeding ikan pon aku duk depan jgk...so knk2 ribena..hahaha
hidupan laut
pengiuns
singa laut
Feeding time
Puas duk dlm tu tgk ikan take picture ktorg pon kuar minum ptg n ada sesuatu yg aku nk buat sbb x dpt buat pagi tadi...MANDI LAUT
last day, check out pagi pegi pekan kuah dgn teksi berharga RM28, shoping coklat tak hingat dunia sampai berabis RM150. Balik ke tanah besar dgn feri ke jeti kuala kedah dengan tiket berharga RM23. Prjalanan dari langkawi ke jeti kuala kedah mengambil masa 1 jam 15 min tambah tolak. Maka tamat percutian budget saya dengan belajar tidak sampai RM300. Sapa kata bercuti perlukan banyak wang...seluk poket ukur duit sendiri.
P/s: perjalanan dr jeti kuala perlis ke langkawi mengambil masa 45 min sahaja tambah tolak...salah info dlm post part 1
Setiap kali aku menganggur mesti aku pergi Makan angin. Kali ini aku melancong ke Pulau langkawi yang terkenal dgn lagenda mahsuri. Sebenarnya tahun 2013 je dah 2 kali aku melancong ke langkawi. First time bulan 2 lepas, perlancongan keluarga, abis tok nenek mak sedara aku angkut. Kali ni plak dgn bff aku time universiti dlu, part of TT..ktorg je yg tinggal, yg lain semua dh lupe diri.
Bukan ktorg xnk pg pangkor @ tioman tp timing tak kena..short & shock vacation maka langkawi lah tmpt paling sesuai sekali untuk dilawati oleh kami yg busy dgn xtvt sndri...in fact langkawi ada byk coklat n pinggan mangkuk murah..sesuai lah tuk aunty2 cam ktorg ni.
Percutian 3 hari 2 mlm kami mmg destinasi budget n penuh dgn agenda emosi masing2. Since aku menganggur terhormat maka budget yg aku habiskn lebih kurang rm300 je..tu pon dh tolak dgn kehendak n nafsu..klu campur boleh abis simpanan bersara pendek aku ni..huhuhu
Perjalanan kami bermula pada hari sabtu ptg 30/11/13. Naik feri di jeti kuala perlis, tq to my adik yg sudi hantar kami ke kuala perlis. Tiket feri dari jeti kuala perlis berharga RM23. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit. Naik feri jam 3.45 pm jejak kaki di langkawi lebih kurang jam 5.15 pm. Orang memang ramai berduyung2 ke langkawi. Persoalannya tak tahu kenapa..aku sendiri dh berkali2 pergi langkawi tetap nak pegi lagi...cam ada tarikan mistik di sana.
Sampai di langkawi tempat pertama yg kami tuju ialah DATARAN LANG. Mmg x pernah dibuat org heret beg pegi situ tp sapa kisah we all are TT members, buat perkara pelik mmg speciality kami. Bagi yg tak tahu di dataran lang terbina 1 statue burung helang yg besar. Langkawi kan antara landmark utamanya ialah burung helang.
Puas tgkp gbr kat situ, kami cari teksi ke pantai cenang. First time aku tido kat area situ. Kalu nk tahu pantai cenang kawasan tumpuan mat saleh..feeling kat miami lah nanti..hahaha. tambang teksi ke pantai cenang RM28. Lebih 30 minit perjalanan kami tiba di pantai cenang. Check in kat mali perdana resort. 1st time tido sini. Kaunter reception mmg nampak old, bilik ok lah tuk percutian budget...nak tido je pon tp yg faboluos yer ialah pokok yg menghadap laut...resort kitorg ada laut kot...yg ni mmg amazing n buat aku nk dtg lg.
SeJak2 bersara ni mmg take picture pemandangan mmg kesukaan aku...nanti aku share smua gbr cantik tu. Tgk btul tak aku cakap pokok ni mmg inspirasi..tambah lg ngn sunset mmg sesuatulah.
Malam ktorg buat xtvt bebas...yg utama haruslah makan. Balik bilik n tido. Makan malam di pantai cenang, nasik goreng and air laici berharga RM8.50...standardlah tu harganya..semua naik. malam tido awal sbb esk nak pegi island hoping. register kat kaunter resort and buat bayaran RM30. esk pagi pengusaha yg buat island hoping akan pick up depan resort so tiada masalah pengangkutan bagi siapa tak menyewa kenderaan.
to be continued....
p/s:- dok saja pon aku malas menulis..hidup memang tak 'produktive' sungguh
Boleh dikatakan aku bukan seorang
peminat buah-buahan namun selepas membaca satu artikel mengenai kebaikan epal
hijau terus aku berkobar-kobar nak menikmati epal hijau memandangkan ia memberi kebaikan especially kepada mereka
yang nak menurunkan berat badan. Aku bukan obsess sangat nak turunkan berat
badan but since my bff semua sibuk nak turunkan berat badan so terpengaruhlah
juga nak kurangkan berat badan cam zaman-zaman study dulu.
Untuk pengetahuan kengkawan, epal
hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin
A serta vitamin B. Banyakkan vitamin yang ada dimana semua ini merupakan serat
yang mudah larut.
Dengan menikmati epal hijau kita
boleh membantu diri kita mencegah:-
a) pembinaan kolesterol dalam
dinding salur darah
b) mengurangkan risiko penyakit jantung
c) membantu kesihatan membran
paru-paru
d) membantu kesihatan tulang
dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
e) membantu kesihatan sistem
kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
f) membantu mengekalkan berat
badan – THIS ONE i LOIKE
g) mengurangkan tekanan penyakit
asma
h) mengurangkan risiko barah
Memandangkan sekarang ini banyak
penyakit yang bisa membunuh kita secara senyap, maka langkah pencegahan harus
kita ambil.
Selain daripada membantu kita
mencegah kemungkinan2 tersebut di atas, bagi mereka yang mempunyai masalah
sembelit atau penghadaman, meminum epal hijau bersama seleri yang dikisar pada
setiap hari sebelum sarapan dapat membersihkan saluran usus serta membuang
toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Bagi yang ingin mencari penyegar
asli tanpa memgunakan penyegar yang ada di pasaran, jangan tak tahu yang epal
hijau juga boleh menjadi penyegar kulit wajah. Hanya perlu potong epal hijau
dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Setelah itu letakkan
di muka dan biar selama 15 minit. Kulit pasti terasa segar. Jika dilakukan
selalu insyaallah licin kulit kita – MeStI bUaT InI
Epal hijau sering tidak menjadi
pilihan kerana rasanya yang masam namun sebenarnya zat masam dalam epal hijau
merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. - YaNg InI BaRu Ku TaHu
Jadi mari mulakan menikmati epal
hijau. Jangan lupa makan sekali dengan kulit kerana kebanyakan kandungan
vitamin C terletak di bawah kulit epal.
MaRi MaKaN ePaL hIJaU
P/S - terasa nak jadi fotographer pemandangan plak rasanya
Minggu lepas dah kecoh pasal babak ranjang di atas katil. Alasan klise artis, ikut arahan pengarah, menjiwai watak..bla bla bla bla..
Ingatkan ada yg mengambil peringatan, namun masih ada lagi karya ranjangan. silapnya si cetak akal ini mengupload deleted scenes dr satu movie yg sedang hangat di tayang. aku yang nak menonton mv lagu hazama telah dicadangkan utk menonton deleted scenes ini..igtkn ia cuma omongan kosong tapi ternyata ni lebih porn dr yg minggu lepas.
Ak sendri tidak tahu apa motif si pengupload mengupload deleted scenes itu. jeles kelihatn jika ia deleted scenes maka ia tidak perlu ditonton oleh khalayak ramai, tapi bila sudah diupload mmg jelas cetaknya otak si pengupload ini.
Serius cakap, ak sudah hilang minat kpd pelakon2 yg berkenaan. sebagai manusia yg beragama islam pasti menpunyai pendirian sendiri. kamera trick apa yg hebat sgt shingga boleh membuat aksi raba & gesel sementara pelakon lelaki berada di atas pelakon wanita..damn..sy sgt malu utk bercerita.
Filem2 dlu tak perlu aksi2 ranjang seperti ini namun masih ditonton sehingga kini. sekali lagi sy ingatkan jangan nanti bila anak2 anda & saudara2 anda melakukan adegan tersebut akibat terpengaruh dgn movie, baru anda nak mengadah.
Astaghfirullah al-azim, ckp byk pon rse yer tak guna andai nanti alasan2 klise yg diberikan oleh pelakon, pengarah, pengupload video..cuma 1 peringatan utk semua termasuk diri saya, bila allah bala & musibah sebagai peringatan terhadap dosa yg kita lakukan, ia tidak turun kepada pelaku saja tapi kepada semua..jadi jangan berani2 nak cakap kubur masing2 sbb kita tak tahu bila allah akan memberi peringatan kepada kita.
Dalam kesibukan bekerja, sempat aku menbuka blog2 hiburan tuk menambah pengetahuan hiburan (rutin harian tak kira sibuk @ lapang..hikhikhik) dan ada 1 post yg menarik minat aku shingga memaksa aku berkongsi wpon mempunyai kekangan masa.
Aku pasti dalam minggu ni dan seterusnya topik ini akan menjadi perbualan hangat di antara pelayar2 blog hiburan.
Sangat membanggakan industri apabila hampir setiap minggu ada saja filem tempatan memasuki pasaran namun itu tidak bermakna karyawan harus menghasilkan karya2 yg sia-sia (aku rse lebih sopan menyebut karya yg tidak menepati piawai aku sbgai karya yg sia2)
Tatkala aku membaca 1 post blog hiburan mengenai 1 karya yg bakal keluar di pawagam pd bulan april nanti, hanya 1 perkara yg boleh aku katakn..speechless. Melihat trailer filem tersebut bukan menarik aku utk menonton tapi lebih kepada beristigfar panjang. Terlintas dalam minda melayu apakah yg tergamak menghidangkan karya seperti ini kepada khalayak umum.
Nyata tertulis genre filem tersebut adalah filem romantik namun dari trailer kelihatan seperti filem ranjang apabila hero & heroin berpelukkan di atas katil dan bergesel2 hidung yg jelas bukan muhrim. Melalui gambaran2 ini jangan salahkan anak2 kita sekiranya ini yg mereka lakukan kpd psgn yg berlainan jantina kerna kita sendiri yg mengajar mereka melalui gambaran filem2 kita.
Aku juga tertanya2 bagaimana finas boleh melepas tayangan trailer yg ternyata 18sx ni kepada khalayak sedangkan cerita inggeris pon melalui penapisan yang ketat. Harap2 jika benar filem ini ditayangkan nanti, pihak finas telah pun membuat penapisan yg tegas kerna bila ia ditayangkan nanti wpon tertulis untuk tontonan 18sx masih ada ibubapa yg terlebih bijak membawa anak2 mereka yg dibawah umur memonton filem ini nanti...aku yg belum mempunyai anak pon tak gamak utk menonton filem ini.
Dengan terhasilnya filem ini juga aku percaya bahawa melayu kini yg sepatutnya terkenal dgn perasaan malu sudah hilang malunya. bila ditanya kepada pelakon, jwpn klise yg diberikan adalah mengikut kata pengarah bg menjiwai watak & menyampaikan mesej. Tidak tahu di mana agama mereka sehingga kata manusia dituruti tapi kata allah diabaikan. Aku sendiri menjadi malu kepada dunia. Maka jgn salahkan aku jika aku lebih gemarkan karya indonesia berbanding karya malaysia yg banyak sia-sia. kadang-kadang terasa karya inggeris pon tak seperti ini..mgkn aku byk menonton siri penyiasatan & aksi kot.
so malas nak cakap banyak lagi, korang tgk sendiri trailer filem ini & buatlah pertimbangan yang sewajarnya.
p/s: bilalah tabung nak penuh ini, note @ limited edition tuk menarik minat sungguh..kalau kaler ungu lagi i suke
seorang pemandu memandu kelisa, pemandu yang lain memandu civic
seorang pemandu lain memandu bmw, pemandu yang seorang itu memandu ford
banyak pemandu memandu pelbagai jenama kenderaan di jalanan
seorang yang lain cuma berbekalkan kaki
berdiri di tepian jalan menanti saat menyeberang
saat terlihat si kelisa bergerak perlahan
minda mahu menyeberang namun kaki tidak melangkah
tika kaki mula melangkah, bmw terlihat bergerak perlahan
rupanya memecut laju
akhirnya si pejalan kaki berlari anak walaupun kenderaan itu bergerak laju
itulah pemandu malaysia yang tidak bertoleransi
namun di seberang jalan sana
kelihatan seorang pemandu lelaki inggeris
memandu sebuah jip lama menbunyikan hon
sebagai isyarat kepada si pejalan kaki
lintaslah jalan ini kerna aku sudah berhenti
itulah pemandu inggeris yang bertoleransi
p/s - padanlah lelaki inggeris menjadi pilihan wanita melayu termasuklah aku..hikhikhik
ini lelaki inggeris pilihan saya...he is hot rite???
aku seorang pejalan kaki.
setiap hari aku berjalan kaki, ulang alik ke tempat kerja.
sehingga adik berkata kakiku seperti kaki pemain bola.
tidak kira panas dan hujan semua ku redah agar aku segera tiba.
namun aku manusia biasa.
kadang panas mulut merungut tapi hati redha.
kala hujan, saat doa dimakbul.
hati bertambah jahat tatkala melihat pemandu di jalan.
persis pemandu F1 memandu laju tanpa mengira orang di jalanan.
yang akhirinya lencun dibasahi lecak.
saat itu hati dan mulut bersatu memaki si pemandu semoga celaka di jalanan.
sesungguhnya aku manusia lemah dan sering melakukan dosa.
minggu pertama 2013, hujung mnggu ak terisi instead of watching abe jacob on tv...sabtu pegi soping ahad pegi kenduri.
aku start tahun 2013 dgn attending wedding cik dah, my lawmate during law degree at UUM dlu.
ni dcoration yg aku x penah tgk lg kat wedding org melayu
ni second baju cik dah...see the sari so nice & bling2 ok..cantik sgt cik dah
First time attend indian wedding, so sgt berbeza ngn wedding org melayu..ada bhagra sei...muzik mmg totally lagu hindustan n lagu tamil..lagu smua cathy so sesuailah dgn halwa telinga aku.
Apa yg beza dgn wedding indian ngn malay..kne tunggu pengantin datang dlu bru leh mkn, nsb baik aku dtg lmbt, klu ikut rancangan nk smpai on time kul 12, mmg lmbt lah mkn yer.
Pastu rse cam jakun plak tgk tetamu yg dtg, smua bersari n bpunjabi bling2 bagai...aku je yg pkai bju kurung x bling2..hikhik
Yg paling ak x penah tgk bila hadiah kne bg sndri kat pengantin..slalo org melayu, adiah bg je kat wakil famili pgantin yg ada kat pintu.
Lagi 1 yg lain ak nmpk bila meja mkn beradap ada kat ats pentas n pelamin ringkas ada dkt pintu..tujuan yer ak rse tuk mudahkn org yg dtg cpt boleh tgk pengantin..
Nk cite lebih pon ak dtg mkn je..x tahu sgt..nk buat comparison pon xde byk sgt sbb wedding x kisah lah kaum apa tetap meriah cuma budaya je beza.
So briefly..apa yg ak leh ckp & suka:-
1. decoration so simple but nice..x perlu nk grand bgai sbb xde org nk tgkp gmbr ngn decoration sgt, dtg wedding hruslah take pic ngn pgantin.
2. mkanan wpon ringkas tapi sedap..x perlu hidang berjenis lauk tp rse ke laut..cik zanna, i nk nasik kenduri cam nasik kenduri cik dah yer..hahahaha..
nasik ini mmg sedap...superb, rse cam nk bwk balik je td
1st time ak makan & tgk aiskrim ni
3. yg paling aku suka psl wedding cik dah..mkn mmg dh hidang atas meja, x yah ak nk beratur cam bdk asrama amik nasik kat dinning room..this is one of my wedding dream, tetamu mkn berhidang cam wedding dlu2.
4. cik dah sgt cantik dgn baju bling2 yer
baju pengantin bling2 sgt..tkut nk dekat takut melekat
5. since dewan wedding cik dah dkt sebelah tasik the mines tu, mka bergambar 2-3 lah aku
pandangan tasik yg damai
kalu tak buat peace mmg x sah
p/s:- tahun 2013..insyaallah berkali2 aku naik pelamin tanpa nikah
Ini post terakhir aku tahun 2012...rseyer byk post aku hutang ngn blog ceritera si ahli sihir ni, tp xpe esk2 leh tulis rseyer...hehehehe (tu la alasan pemalas cam aku..)
malam tahu baru ni seperti malam2 tahun baru sejak 4 tahun yg lpas, mmg aku akan lepak kat rumah, pertama sbb xde org ajk ak melepak mlm new year, kedua sbb aku pon x berapa suka sesat2 org ramai, ketiga xde org ajk kuar..klu ada mmg x lekat kat rumah. so aktiviti biasa aku, tgk tv...nsb mlm ni ada breaking dawn part 1..berangan si jacob lg aku mlm ni..bila lah nk bertaubat..hikhikhik mengimbas kembali perjalanan aku dlm taun 2012, takde yg menarik sgt selain keje..al maklumlah aku kn single mingle trang tang tang..so psl keje lah yg boleh aku cite...paling mengembirakan & x tersangka2 kerana pada tahun 2012 genap 2 tahun aku bekerja sebagai advocates & solicitors..mcm x percaya aku seorg peguam..penat jerih aku selama aku pegi sekolah dr tadika smpai grad law mmg berbaloi smpai skunk aku rase cam i can resign n carik hala tuju lai pula....hikhikhik.
Nie kebanggaan aku..hikhikhik
so overall aku mmg bsyukur dgn tahun 2012 ni n bharap agar tahun 2013 ni lebih membawa byk makna..smoga allah terus memberkati aku n memelihara imanku..smoga keje makin lancar, rzeki makin murah, diberikan kesihatan yg baik..smoga allah melindungi keluargaku, sanak saudaraku n rakan taulan.
selain drp kje, tahun ini jugak merupakan tahun di mana akhirnya aku boleh bertravel bersama my bestie wpon tanpa aslina...this is our first n last travel together bcoz x lama lg one of us akan kawin..klu nk travel bersama lg, kata beliau kene bwk husben masing2...mmg lmbt lg lah kn, eloklah beliau ada anak 2-3, bru kawin gamaknya aku...hahahaha (nanti bila nk abis wat watermark gmbr2 tpilih aku update post psl percutian aku ke vietnam...byk perkara berlaku taw)
and another personal thing...aku dh daftar kelas memandu & in process to get a driving license, ni smua psl adik sy beli kete n tinggalkn kete kat umah..sayang plak tgk kete tu x jln2...hahahaha
last personal thing..dunno why thz year i really feel crush on jacob black... si serigala jadian tu..mmg x sah klu pg2 msk kje menatap wajah beliau dlu..he so mencairkan hati smpai rse nk carik cam beliau je.
he so something rite..
briefly tuk tahun 2013 ni aku berazam
1. utk bekerja dgn lebih baik lagi supaya rzeki lebih murah n cepat naik gaji....
2. dptkn driving lesen spaya boleh drive WQQ n bwk cik azyah jln2 pg ikea...
3. jd org yg lebih mature n x emosi lg....
4. cadang cam nk amik anak angkat tp rse cam x ready lg...hikhikhik
5. akn di fikirkn nanti..
6..difikirkn kmudian
7..ops lupe lak..nk kawin (bak kata adik farahin..kene msk kn dlm azam supaya cpt skit bertemu jodoh..hahaha)
p/s: bile tgk drama adaptasi rase nk beli novel tp yg ado pon x abis baca lg
Tak tahu apa mimpi adik sy ajk ktorg join dia movie date time cuti umum hari ini..sian awek dia kne kuar ngn akak ngn adik yg tingtong n sengal ni..
So pilihan adik sy utk tontonan umum di hari cuti ialah Life of PI...mmg x tahu ni cite apa n x tpkio pon nk tgk cite ni tp org nk belanja kita tonton je lah.
Ktorg smpai agak awal..time beli tiket pilih slot 12.45 pm tp bila tebus tiket dh tukar slot 1.10pm plak so ktorg pon main game dlu..bile dh settle mbazir, beratur beli popcorn n ready for movie time
Start je movie tu dgr lagu latar hindustan..terus kuar soklan, adik aku ajk aku tgk cite hindustan ke ni. tp bile tgk list pelakon, ada jgk yg aku kenal mcm tabu so ak terasa tertarik tuk menonton.
Cite ni bermula apabila sorg penulis buku yg bertemu dgn Piscine Molitor Patel utk mendapatkn cerita bg penulisan buku beliau. Maka bermulalah kisah ttg hidup Piscine Molitor Patel @ lebih dikenali sbgai Pi Patel.Watak Pi Patel remaja di bawa oleh Suraj Sharma & watak dewasa dibawa oleh Irfan Khan...sure lah nnt glamer Suraj Sharma ni.
Permulaan cite ni menceritakan ttg bagaimana Pi mendapat nama beliau yg di inspirasikn daripada nama sebuah kolam umum di perancis iaitu Piscine Molitor di mana nama tersebut dicadangkan oleh pakcik beliau @ dlm bhsa india disebut mamaji. Kemudian plot dikembangkan apabila Pi menceritakan bagaimana beliau sering diketawakan oleh kawan2 serta guru di sekolah disebabkn nama beliau Piscine yg jgk membawa mksd terkencing dlm bhsa india jika diambil kira nada sebutannya. kemudian kta terus dihidangkn dgn plot dimana Pi menceritakn kpd penulis buku tersebut bgaimana beliau mdpt nama Pi yg diambil drp nombor pi dlm matematik iaitu 3.14...so entertaining time part plot2 ketika Pi Patel berada di sekolah.
Apabila Pi meningkat dewasa..bermula cerita mengenai bgaimana Pi mencari cinta Tuhan sehingga dia mengamalkan tiga agama sekali gus iaitu hindu, kristian & islam. yg ni klu x kuat imam boleh goyang, tp perkara yg baik boleh dipetik ialah betapa kita perlu bersyukur sbb dilahirkan sbgai islam n disayangi allah..yg penting kita perlulah sentiasa beribadat bg meningkatkn keimaman n bdoa smoga kta kekal dlm islam. selain drp kisah Pi mcari tuhan, turut diselitkan kisah percintaan Pi dgn Anandi.
Kemuncak cerita ini apabila bapa Pi membuat keputusan untuk berpindah ke kanada bersama2 dgn haiwan di zoo milik keluarga Pi...so Pi ada zoo yg ada byk haiwan termasuklah seekor harimau bengal yg bernama Richard Parker.
Konflik cite ni bermula apabila kapal yg dinaiki Pi & keluarganya karam sewaktu ribut melanda di laut...dan yg terselamat hanyalah Pi Patel bersama Richard Parker, seekor org utan, seekor zebra dan seekor dubuk di dalam lifeboat. namun selepas dubuk membunuh org utan and zebra di mana akhirnya dubuk di bunuh oleh Richard Parker maka tinggallah Pi hidup dlm lifeboat bersama Richrad Parker.
Hidup bersama Richard Parker byk mengajar Pi Patel ttg erti hidup iaitu jgn berputus asa dimana oleh kerna Pi harus memastikan Richard parker tidak memakan beliau, so Pi harus berusaha mencari makanan untuk Richard parker....bermacam2 telah Pi Patel lalui bersama richard Parker sehinggalah life boat mereka tersadai di pantai mexico dan menjadi saat perpisahan di antara Pi Patel dan Richard Parker apabila Richard Parker memilih untuk masuk kedlm hutan dengan membawa bersama ingatan sewaktu bersama Pi Patel dlm lifeboat di tgh lautan Pasifik.
So nk cerita byk2 kat sini mmg x dptlah so kalu korg rse cam nk tgk something yg lain drp yg lain..bolehlah menonton cite ni..sinematografi cite ni mmg terbaik, plot pon tersusun indah, xde byk cacat cela cam cite tempatan..editing bgus, pemilihan pelakon wpon x tkenal tp tu lah tujuan film industry...menaikkn nama org yg x terkenal dgn mgabungkn mereka ngn pelakon2 terkenal..n arahan ang lee yg mmg awesome...boleh bg 5 star tuk cite ni..
Moral yg boleh di perolehi drp movie ni...x kiralah apa agama kita, yg penting kita percaya kepada aturan yg allah beri kepada kita & never give up...
Jadi kalu rase nak tgk, cite ni masih di pawagan so korg leh lah tonton sendri...in sha allah x kn kecewa pnya tgk cite ni...here some link tuk korg explore & trailer tuk korg usha..kot2 leh tarik korg ke pawagam tdekat..hehehehe
Tapi kalu korg x suka tgk movie boleh je dptkn novel Life of Pi ni..jgn x tahu cite ni best selling aventure novel by Yann Martel....ak pon bru tahu lps google & usha wikipedia..hikhikhik
P/s:- b4 movie tayang iklan samsung galaxy camera..membara2 nk beli
Perkara ini memang sudah selalu berlaku namun aku rasa hari ini punya keadan memang satu rekod dunia...system pengangkutan train rapid kl rosak lagi.
Selalu breakdown pun tak mcm hari ini. hari ini hampir dua jam aku duduk dalam train tu baru sampai stesen pasar seni..naik lenguh badan & kaki tangan aku...aku yang duduk pun dah rasa lenguh inikan pula yang berdiri..aku dah tido bangun berkali2 pun tak sampai2 jua.
yg pelik yer psl train ni..hujung minggu org tak pegi kje xde pulak dia ghusak camni...tu yg buat sy syg malaysia..slalo bagi sy peluang tuk masuk ofis lambat.
inilah caranya saya start hari terakhir saya sebagai seorang yg berumur 27 tahun.
keadaan kat stesyen rapid kl taman melati
p/s: 1 hari sy msti pegi eropah, jepun & korea tuk tgk system subway dorg..slalo rosak tak time ofis haur...lalalalala
8/7/2012, my besh companion telah diambil semula oleh allah...alangkan pedih hatiku menghadapi kehilangan ia. wpon ia hanya seekor kucing namun ia sudah bersama aku sejak ia kecil..byk suka duka kita telah lalui bersama. tatkala aku bduka kerna dikhianati, ia sentiasa menemaniku terutama ketika diri bergenang dengan sendu & airmata. walaupun aku mengerti ia tidak memahami diri ini, namun pandangan mata nya menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi diri ini.
sehingga kini aku masih merasakan kehilangan ia...ditipu manusia & ditinggalkan juga tidak sepedih ditinggalkan puteeh...semoga ia tenang di sana & semoga kita bertemu di syurga.
lets it rest in peace
p/s:- this post so basi..sbb batang melur yg aku pacak kat kubur ia pon dh nk start berbunga
Minggu ni mmg minggu yg hactic buat aku...penghijrahan, rumah bersepah n puteeh sakit. Siapa sangka di sebalik kaki yg membengkak itu terisi nanah yg bisa merosakkan kakinya. Teruk jugalah aku di marahi oleh doktor sebab tidak menjaga kebajikan kucingku itu.
Menjaga kucing yang sakit mmg tidak semudah yg disakit..oleh kerana kesakitannya melibatkan kaki, maki ia tidak mampu membuang air kecil dan besar dengan sempurna sehingga kerja aku setiap hari sebelum dan selepas balik kerja adalah membasuh taik dan memandikan ia yang berlumur dgn taik. Naik kecut kaki tangan aku asik membasuh malam2....lantai kat umah aku pon bersih berkilat2 sbb asik di mop oleh diriku.
Yang paling sukar ialah memberi ia makan ubat, 1-2 hari pertama selepas minor surgery, mudah sungguh puteeh makan ubat, mungkin kerana deria rasa beliau yg masih belum sihat. Namun selepas beberapa hari, punyalah payah nak bagi makan sampai, aku naik give up..akhirnya malam jew lah dia makan ubat..padanlah lambat sembuh. Memang puteeh ikut perangai tuan yer yg xsuka makan ubat..akulah tu.
Sekarang yang paling membimbangkan aku, selera makan ia makin berkurang, kdg2 langsung tak nak makan walaupun aku telah merebus ikang segar untuk ia. so risau bila ia tak makan sbb camne nk cpt sembuh kalu x makan.
Paling tak tahan sekali bila time malam, suka sangat tidur sebelah aku sehingga aku tak boleh tidoq ganas lagi takut terkena luka ia...tapi tak mungkin, dgn cara itu, cepat sikit ia sembuh.
Aku pon tak pasti berapa lama lagi ia boleh bertahan, memandangkan lubang di kaki ia sering mengeluarkan darah bernanah yang banyak. Harapan aku ia cepat sembuh, namun kalau itu takdirnya, terpaksalah aku redha.
Puteeh after treatment
After berhari2 tak tidur
Luka di kaki ia
p/s:- mata mengantuk, buat kerja malas, akhirnya memblogging kat ofis