Boleh dikatakan aku bukan seorang
peminat buah-buahan namun selepas membaca satu artikel mengenai kebaikan epal
hijau terus aku berkobar-kobar nak menikmati epal hijau memandangkan ia memberi kebaikan especially kepada mereka
yang nak menurunkan berat badan. Aku bukan obsess sangat nak turunkan berat
badan but since my bff semua sibuk nak turunkan berat badan so terpengaruhlah
juga nak kurangkan berat badan cam zaman-zaman study dulu.
Untuk pengetahuan kengkawan, epal
hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin
A serta vitamin B. Banyakkan vitamin yang ada dimana semua ini merupakan serat
yang mudah larut.
Dengan menikmati epal hijau kita
boleh membantu diri kita mencegah:-
a) pembinaan kolesterol dalam
dinding salur darah
b) mengurangkan risiko penyakit jantung
c) membantu kesihatan membran
paru-paru
d) membantu kesihatan tulang
dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
e) membantu kesihatan sistem
kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
f) membantu mengekalkan berat
badan – THIS ONE i LOIKE
g) mengurangkan tekanan penyakit
asma
h) mengurangkan risiko barah
Memandangkan sekarang ini banyak
penyakit yang bisa membunuh kita secara senyap, maka langkah pencegahan harus
kita ambil.
Selain daripada membantu kita
mencegah kemungkinan2 tersebut di atas, bagi mereka yang mempunyai masalah
sembelit atau penghadaman, meminum epal hijau bersama seleri yang dikisar pada
setiap hari sebelum sarapan dapat membersihkan saluran usus serta membuang
toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Bagi yang ingin mencari penyegar
asli tanpa memgunakan penyegar yang ada di pasaran, jangan tak tahu yang epal
hijau juga boleh menjadi penyegar kulit wajah. Hanya perlu potong epal hijau
dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Setelah itu letakkan
di muka dan biar selama 15 minit. Kulit pasti terasa segar. Jika dilakukan
selalu insyaallah licin kulit kita – MeStI bUaT InI
Epal hijau sering tidak menjadi
pilihan kerana rasanya yang masam namun sebenarnya zat masam dalam epal hijau
merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. - YaNg InI BaRu Ku TaHu
Jadi mari mulakan menikmati epal
hijau. Jangan lupa makan sekali dengan kulit kerana kebanyakan kandungan
vitamin C terletak di bawah kulit epal.
MaRi MaKaN ePaL hIJaU
P/S - terasa nak jadi fotographer pemandangan plak rasanya
No comments:
Post a Comment