Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 11, 2011

Kenangan raya 2011

belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin untuk segala ketelanjuran serta kekasaran bahasa & perbuatan yang mungkin sengaja & tak sengaja aku lakukan kepada semua samada yang berkaitan @ bau-bau bacang dengan diri yang hina di sisi ALLAH ini. Maklumlah manusia sememangnya lemah & tidak sempurna.


sudah lama teringin hendak mencoretkan sesuatu di blog ku ini tapi tiada kesempatan, al maklum la lappy sendirikan sudah nazak keyboardnya. Memandangkan semua pun masih dalam mood raya, aku pun teringin juga nak cerita pasal raya tahun 2011. besh raya ever & aku akan pastikan kekhilafan ini tidak berlaku lagi pada raya2 yang akan datang.

aku pun tak tahulah apa penyakit yang telah melanda minda aku sehinggakan kamera yang ada dalam beg tidak dikeluarkan dan sejarah tercipta di mana buat pertama kali yer dalam hidup aku takde satu pon gambar raya pada tahun ini. believe me memang aku takde 1 pon gambar raya. maka terpaksa la letak gambar lee min ho as profile pic aku sampailah raya haji nanti, di mana aku akan pastikan sebelum pegi solat raya aidiladha & selepas balik solat aku akan bergambar bagai nak rak...hihihi. bukan setakat aku je yang tak bergambar, the whole famili mmg xde gambar raya tahun ni..penat je la berbaju bru yg mahal harga yer.
tapi itu bukan penghujung dunia, insyaallah masih byk lagi raya yg akan aku sambunt andai diizinkn allah. 


yang buat aku gembira sekali pada raya kali ini adalah buat pertama kali dalam sejarah sepanjang 26 tahun (legally belum 26 years lg) aku hidup nie, aku pegi solat raya aidilfitri...terukkan aku? dah lama hidup tapi baru 1st time dpt pegi menunaikan solat sunat aidilfitri...but better late than never. so azam aku kalu diizinkn allah, insyaallah aku xnk missed lg solat raya. ada 1 perasaan yang tak tergambar sewaktu aku menunaikan solat tu, tak tahu nak cerita camne, so pada yg tak pernah solat sunat aidilfitri tu, apa kata raya haji nnt cubalah, pasti akan rasa seseuatu....sukar nak diceritakan ketenangan & kegembiraan yg dirasai sewaktu menunaikan solat sunat aidilfitri. so my advices, if u guys got oppurtunity, jgn lepaskan, peluang tak datang berkali2.


so xde apa lagi nak cite, nk share gmbr pon 1 gmbr pon xde...sedey mmg sedey..pedih hati, pedih sekali mengenang diri tiada gambar hari raya..huhuhu. klu ada kesempatan lg, akan ku m'blogging lg...sehingga btemu lg di kesempatan yg lain....have fun guys....


p/s: klu beli keyboard external, still relevant lg ke zaman ni???

No comments:

Post a Comment