Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 14, 2011

Janganlah aku seperti ini

Imam Ghazali berpesan kepada lelaki supaya tidak mengahwini wanita yang berada dalam kategori ini :- yang ANANAH, yang MANANAH, yang HANANAH, yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH

WANITA ANANAH
  • wanita dalam kategori ini adalah wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta sering berpura-pura sakit
  • contohnya, wanita berpura-pura sakit untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
WANITA MANANAH
  • wanita kategori ini ialah wanita yang suka  mengungkit-ngungkit terhadap suami yer.
  • antara ayat-ayat ungkitan yang sering dinyatakan oleh wanita ini adalah " aku buat itu ini untukmu kerana kamu adalah suamiku.
  • yang ini kategori yang paling aku hendak jauhi sebab aku rase aku pernah jumpa wanita kategori ini dan aku percaya hidup beliau tidak setenang mana walaupun solatnya 5 kali sehari semalam. nauzulbillah..jauhkan lah hamba mu  ini daripada menjadi perempuan seperti ini..ameen
WANITA HANANAH
  • wanita ini adalah wanita yang sering menyatakan kasih sayangnya kepada bekas suaminya sedangkan dia sudah bersuami lain.
  • yang jenis ini susah aku hendak explain..paham-paham sendiri sahaja la.
WANITA HADAQAH
  • wanita jenis ini adalah wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada sesuatu dan menyatakan keinginannya untuk memiliki barang tersebut serta memaksa-maksa suaminya untuk membelikannya barang tersebut.
  • yang ini confirm kategori gold digger, tengok itu nak beli...tengok ini hendak beli juga, tak sedar diri yang suami dia cuma la seorang pembantu am sahaja. kasian suaminya..huhuhu
WANITA BARAQAH
  • wanita dalam kategori ini sering mengilatkan dan menghiaskan mukanya supaya cantik
  • wanita yang sering marah-marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya juga termasuk dalam kategori ini.
  • pendek kata wanita dalam golongan ni baget cantik dan perasan diri seperti puteri raja
WANITA SYADAQAH
  • wanita jenis ini adalah wanita yang banyak cakap perkara yang lagha (sia-sia) dan tidak mendatangkan faedah.
  • lebih kurang macam perempuan-perempuan dalam drama melayu yang suka bawak mulut keliling kampung.
 
seperti biasa image aku cedok kat google images - ini lah contah muslimah yang kita cari-cari

credit:- aku cedok info ini dari 1 artikel dalam i luv islam & aku olah supaya aku dan korang-korang yang membaca senang mendapat faedahnya.

p/s - kalau di fikir-fikirkan aku ini masuk kategori wanita mana yer? yang baik budi pekerti ke atau yang busuk hati???

Sunday, June 26, 2011

Redha itu rela, pasrah itu menyerah

sudah hampir sebulan ak rasa tak selesa perut...rse nk gastrik tp x gastrik, mgkn sbb perut pon tahu klu gastrik dtg bermakna aku perlu MC & itu bukan yang terbaik untukku...maka begini lah perutku, ada masanya ok ada masanya muntah buih(kata doktor itu tandanya banyak angin)...hanya satu sahaja jawapan untuk ketidakselesaan ini...STRESS. sejak dari zaman persekolahan lagi kalau aku rasa tekanan mmg perut yang akan merasa bebannya. kesian perut aku menjadi mangsa keadaan. 

nak tak nak terpaksa aku tahan & buat tak tahu saja walaupun mak sering mengajak aku ke klinik, bukan aku tak mahu tapi aku tahu apa puncanya. stress. kata mak aku mungkin stress kerja, ada benarnya juga sebab lately mmg aku struggle giler berkerja, buat semua kerja, attend court lagi...pagi petang menempek sahaja kat court tu sampai PKP pun dah ingat nama aku...hehehe. tapi aku percaya itu bukan puncanya.

kata orang barang yang lepas jangan dikenang. aku tak kenang cuma banyak sangat kenangan & persoalan yang bermain2 di mindaku. walaupun aku merasakan redha dengan ketentuanNYa namun perasaan masih belum pasrah dengan keadaan sekarang. kadang-kadang aku tertanya mengapa dia tegar berbuat begini kepada aku, i never asked him to love me tapi aku cuma minta dia anggap aku sebagai kawan yang baik untuk dirinya sebab aku tahu dia tak boleh sayang aku macam aku sayang die tapi disebalik permintaan aku yang kecil itu aku dipijak2nya dan ditaburkan dengan janji yang tak pasti...manusia mmg lemah, mungkin salah aku yang tak pandai menbezakan permata dan kaca. 

tapi secara logiknya, kalau aku bisa meletakkan BFF aku di suatu tempat yang istimewa sehingga tak tergamak aku melukakan hati2 mereka yg aku panggil sahabat, mengapa dia tak melakukan yang sama. aku tak mintak dijadikan pasangan sehidup semati walaupun dia pernah menjanjikan itu. aku tak mintak diri ini disayangi setinggi gunung walaupun dia menjanjikan sayang yang menggunung. mungkin aku yg salah kerna melatakkan dia di kedudukan yang tak layak langsung dia singgah.

hendak disesal semuanya telah berlaku, nasi yang sudah menjadi bubur tak mungkin bertukar menjadi nasi santapan tengahari. mahligai yang dia bina dari airmata aku, aku doakan semoga kukuh sehingga hujung hayatnya. tiada rasa dendam dihati ini walaupun banyak persoalan yang masih belum berjawapan. 
hati meronta2 inginkan penjelasan mengapa aku diperlakukan begini, namun minda berkata, biar sahaja kerna satu hari hati akan berhenti meronta2 setelah hati letih dan leleh.
dan buat masa sekarang biarlah aku rela dan menyerah. 

p/s: pasni ni nk kawan ngn 'seth tan' je, klu xde 'abg malek' pon ok jgk...even 'botak' pon aku terima. so yang selain daripada ini jgn harap aku nk kwn ngn korg, keturunan ak pon x tentu lg leh kawan ngn ko esp yg jenis2 "runner"
astaghfirullah al-azim

Thursday, June 23, 2011

Ini KL gua pegang....

ada gaya gangster KL tak???hahaha. kne marah ngn bos t'kebil2 ada hati nk jd gangster join abg malek pnye group. bg yg x aware ngn fenomena SY & abg besar, msti t'tnye2 ape yg ak cite nie. tp bg mrk yg dh bkali2 tonton KL Gangster msti dh tahu la ape yg ak nk share mlm nie. kje ofis blambak lg nk story mory psl abg besar..dunia dunia..dunia. lu kasi gua mati dlu bru gua diam la

straight to da point cite byk pon x guna...only one word can describe KL gangster...INTELLIGENT. sbgai pengarah muda, syamsul dh bwk industri perfileman malaysia ke 1 tahap yg lebih baek. 
in fact die dh jd individu yg akan menghasilkn karya yg baek yg x mgkn mengecewakan peminat filem2 malaysia..nk kata ak ni kapas berani mati beliau, tak la tp boleh dikatakn smua karya die ak tgk...kl drift, evolusi kl drift, bohsia, khurafat & terbaru yg mjd buah mulut org masa skunk KL Gangster. 

klu ikutkn ak mmg x bape layan sgt action movie keluaran malaysia tp bile ak tgk je trailer KL gangster, trus t'goda nk tgk sbb ak rse ia ada ciri2 cite gangster hong kong. ni mmg i loikee..hehehe
so dgn excited yer, x sedar dri duit pon dh susut, wat pertama kali yer ak tgk wayang waktu malam. mlm weekdays dh full cinema, klu weekend apa tah lg...ni pon ada niat nk tgk lg..hehehe.

dan sebenarnya, syamsul mmg x mengeciwakan peminat filem spt ak. x bkedip ak tgk cite tue...penuh penghayatan. jln cerita menarik.x bosan & realistik. ada mesej yg tersembunyi. ada byk rahsia yg membawa kpd prequel & sequel di mana ak pecaya KL gangster akn jd 1 series filem2 yg bagus cam young & dangerous, internal affairs, transformers maybe. malas nk ckp byk, ak percaya syamsul boleh hasilkan bkn stakat trilogi filem KL gangster tp milion2 filem yg bagus.

selaen drp jln cite yg kuat, gandingan mantap aaron aziz as abg malek, ady putra as jai, syamsul sndri as shark also zizan yg mengundang tawa ak as abg long dil & tak dilupakan sofi jikan as ajib smua yer mmg terbaek la. terase cam berada dlm geng gangster btul. since skunk ni musim aaron aziz so mmg la cool giler lakonan die, gangster boleh jd, lelaki romantika pon leh bwk. maka x slah la kata rosyam nor bahawa hanya aaron aziz yg boleh ganti tmpt die sbgai pelakon b'kaliber malaysia. sgt charming sungguh abg malek dlm kl gangster...klu camtu gangster, i pon nk sorg..jgn marah yer k.dayana, ktorg minat lakonan die je..klu die x pndai belakon, xde la ktorg t'gila2 kn watak lakonan die...tabik hormat kpd aaron, smoga jd pelakon yg lebih hebat lg in future.

x tahu nk kta ape lg...salute ak kpd syamsul sbb change percepsi ak ak t'hdp filem malaysia...x yah kata byk lg..KL GANGSTER MMG TERBAEEKKKKKK. keep gud works yer incik syamsul. can't wait to watch ur new baby...^_^

ni bukti ak pegi tgk KL Gangster mlm semlm....da bran nk tgk lg...hehehe

p/s: sbnryer ak x bape suke sgt bile kamera rse b'gegar time abg besar b'lwwn, cam xleh nk fokus tp biase la melayu, ada je bnde yg x puas hati & nk d'critic yer..klu steven spielberg wat camtu, genius lak dikatakn beliau....

Sunday, June 12, 2011

Amboi merah yer INAI mak ngah...hehehe

xde niat pon nk blogging tp cik fath sahabat sy tlh bagi satu idea utk update blog sy yg dh b'habuk ni...hehehe. al kisah yer dlm status fb cik fath kita ada la beliau b'cerita ttg inai, in fact dlm blog pon cik fath dh post 1 entry m'genai inai. sy pon mmg la suke myemak kat wall cik fath n myatakn kpd beliau yg sy nk share cerita megenai saya & inai kat dlm blog sy....

umum mengetahui inai slalo di pakai time kenduri kawin tp ada jgk yg pkai inai time hari raya & perayaan2 lain ala2 cik fath kita time kecik2 dlu bak kata beliau la...hehehe. tradisionally inai mmg dipakai oleh org melayu esp pengantin utk menunjukkn yg psgn raja seharian tu special drp org biasa tp klu ikutkn adik sy pon busy jgk pkai inai mgalahkn pengantin bile mkcik2 & pkcik2 ktorg kawin....hahaha. 

significant pemakaian inai dikalangan pengantin melayu ni mengikut pandangan peribadi sy selain drpd menaikkn seri pengantin baru ia jgk sebagai tanda yg psgn tersebut tu masih pengantin baru....penah tak korg dgr makcik2 b'ckp, "merah lg inai tu pengantin baru la tue"....tp klu pengantin yg inai yer dh pudar, makcik2 akn bkata "dh pudar inai yer, pengantin lama la nie"...tp klu ikutkn, pengantin india yg inai yer lg meriah, & klu x silap ak pemakaian inai oleh pengantin melayu ni berasal drp budaya masyarakat india. just for ur knowledge dlm bhs hindi inai di panggil henna. eh nape plak ak cite psl sejarah inai ni smua, i should back on track.
jnji ak pd cik fath nk cite pengalaman ak psl inai. so buat pengetahuan smua, shingga kini usia ak hampir 26 tahun ak x penah pkai inai wpon time kecik2. dua je alasan yer. pertama sbb kecik2 ak tomboy, x rock la klu pkai inai. kedua, i'm not married yet. dlu time skolah nk jgk merasa pkai inai tp bile teringat cikgu matematik ak marah classmate aku pkai inai merah menyala trus t'bantut niat aku. klu korg nk tahu inai dr mekah dlu2 mmg merah menyala2 cam inai org india. inai yg kita dok tumbuk daun inai ni paling2 pon kaler cam jingga je. 

yg paling ak x leh lupe & masih terngiang2 dlm ingatan ak adalah dikabarkn kalu slalo sgt pkai inai nnt bile nk kawin inai yg dipakai tak lagi menaikkan seri pengantin. khabar ini tak dpt lg dipastikn kebenaran yer sbb xde kajian yg menyeluruh thdp kebenaran kata2 ini. mgkn ia cuma kata2 cikgu yg nk mengelakkn murid2 drpd t'gedik ngn berangan cam pengantin. so cik fath ni la cite psl inai yg ak nk share ngn ko...tuk pengetahuan ko, ak pon suka inai yg dipakai secara tradisional.

Gambar dicedok dr google images: ini la cara pemakaian inai tradisional



p/s:- bile cite psl inai nie, t'bayang la plak apa jadi bile ak pkai inai??? cer pkio cer pkio

Wednesday, June 1, 2011

Aku cuma manusia biasa


mengapa air mata ini mengalir 
tatkala aku melihat wall facebookmu

mengapa aku menangis 
sedangkan aku tahu kebenaran di dalam cerita kita

mengapa air mata ini tak henti-henti mengalir

mengapa aku terlalu bodoh 
membiarkan diriku menangis kernamu


berhentilah wahai mata 
dari menangisi dia yang berpura-pura itu

Wednesday, May 18, 2011

dupdapdupdap...Nur kasih 1 hari lagi

dgr cite tgh mlm ni ada yg akn menonton nur kasih...enjoy watching yer. amaran ak jgn cite ape2 smpi ak tgk sndri.so spti yg dijanjikn mlm ni ak nk cite psl kechentaan aku si adam hassan. i believe kat luar sana rmai yg suke adam & remy ishak, so smua leh amik sorg skit tp cover2 la wpon die tu seleb ttp manusia biasa yg perlu privasi...sgt peminat yg memahami...hehehehe.

mula2 tgk trailer je ak dh minat kat adam. al maklum la, ak mmg suke bad boy nie, ada org mgatakn bad boy ni klu jatuh cinta, skali saje tp tahan je la coz kta pon bad boy msti la perempuan keliling pinggang...tgk cite ape pon bad boy msti pilihan ak, laki yg suke marah2, ala2 perasan bagus la, pstu kerek2 skit tp ngn pompuan yg t'syg trus b'tukar...klu nk tahu lebih lanjut psl taste ak korg leh rujuk cite meteor garden, princess hour, down with love etc..kikiki

back to track, dlm nur kasih khabir mgmbrkn watak adam sbgai seorg ank yg suka memberontak & t'sasar dr jln yg benar. oleh sbb itu la, adam dikahwinkn dgn nur dengan harapan agar adam berubah. selain nur, adam juga m'bw pelbagai emosi yg berbeza, seorg suami yg me'gantung isterinya tidak bertali, seorg suami yang lalai & sering melakukan perkara yg t'larang, seorg adik yg sering merasakan abg yer lebih mendpt perhatian, seorg ank yg lupe bhwa kasih syg ibubapa tiada bezanya serta seorg pencinta yg agung. remy membawakn watak adam drp seorg yg t'sasar kpd seorg yg benar2 islam & nur sedikit sebanyak membawa kpd perubahan adam.

mula2 menonton nur kasih & melihat adam bsuka ria dgn katrina membiarkn nur tkapai2, mbwkn emosi ak sbgai penonton t'guris namun apabila allah menduga adam dgn kehilangan zuriat yg dikandung katrina, bmula la perjalanan adam merebut kembali cinta nur. tu la standard org melayu, bila dh terantuk bru nk sedar. remy jgk berjaya membawa watak suami kpd dua perempuan yg tidak mengetahui mereka dimadukan..hehehe, nsb la katrina tu cam sakit so kne la msk pusat rawatan, klu tak dh jd cam cite madu tiga, tpksa la menipu klu nk selamat. 

klimaks bg watak adam pd pandgn ak ialah apabila nur membawa diri selepas mengetahui yg dirinya dimadukan. dan akhirnya adam sedar yg nur adalh cinta hati ya. pnye la lama adam menunggu. berkat doa & usaha gigih yg tidak jemu2 akhirnya nur kembali kpd adam tp ada plak si sarah tu yg cuba2 memporak peranda umah tangga adam & nur yg bru berputik bunga2 cantik. akibat jahat mulut sarah, adam dh x romantika di amor dh ngn nur, sian nur apabila suami yg dicintainya merasakan nur mencintai abg ipar sndri. apabila adam & nur sekali lagi diuji dgn perpisahan, masing2 tak berhenti berdoa & bgantung kepada allah. pendek kata adam sgt beruntung sbb nur menunggunya wlaupon aliyah sungguh m'jdkn nur madunya. 
nk cite byk2 pon ak dh x bape nk igt cite ni, yg ak tahu smada tiz, remy, fizz, ayu & ummi serta smua pelakon nur kasih telah menjayakn watak masing2 dgn baek shingga keje ak menitiskn air mata je. nmpk yer kene pg cari dvd box nur kasih ni, bru la boelh beri komen2 yg bernas spt wartawan2 hiburan kat malaysia nie. so klu korg rse all my entry psl nur kasih x besh jgn marah kerna ak menulis mengikut rasa hati berbekalkn sedikit kewarasan. so mlm ni ak tingglkn korg ngn poster nur kasih. mari la sama2 kita belek2 wajah kechentaan kita si adam hassan..muaaaahh


p/s: encem kn..mmg jejaka idaman melaya btul la...hehehe.kopi satu

Tuesday, May 17, 2011

2 days more Nur Kasih The Movie

lagi 2 hari peminat nur kasih dpt tgk NKTM tp t'rse cam 2 tahun. kat tv dh rancak tayang trailer nu kasih, t'ngiang2 la suara adam, nur & aidil. nsb x t'bawa msk mimpi je. x sabo rase yer nk tonton di cinema. dgr cite org pakat2 beli tiket on9, tkut nnt x dpt tgk. nmpk yer ak kne la aktifkn maybank2u, bru la leh beli tiket on9.

klu smlm ak dh cite psl nur & aidil, mlm ni ak nk cite psl......aliyah & sarah. kasi gabung je 2 watak ni sbb b'kaitan. nape x cite psl adam? adam kn kechentaan ak so simpan last day.  lgpon klu x cite psl aliyah & sarah, nnt org yg x penah tgk t'tnye plak coz dorg ni suka wat konflik dalaman dlm drama nur kasih.

dlm drama, watak aliyah dibawa oleh ayu raudhah. mmg sesuai coz she is a soft spoken person, watak wanita islam yg lemah lembut mmg ptt bg kat ayu la pendek kata. mgikut pendapat ak yg x berapa bernas ni, mmg bertuah la aliyah dpt aidil sbgai suaminya cuma biasa la org beriman mmg suka dikacau syaitan. rumah tangga aliyah & aidil yg baru dibina hampir porak peranda angkara perasaan cemburu aliyah akibat mulut busyuk sarah, adik nur amina. time tgk cite ni rse cam marah jgk coz aliyah ni asik dgr ckp sarah & curiga pd suami sndri. biasa la tu suami isteri sedangkn lidah lg tergigit, ini pula suami isteri (nyanyi lagu p.ramlee lak). nk komen byk psl watak aliyah rse cam x perlu bkn sbb die pelakon pembantu tp kecelaruan emosi yg dimainkn oleh ayu raudhah sebagai aliayah ni dh dpt diduga. semua emosi2 sedih beliau xkn t'jadi klu dia percaya pd suaminya. tp klu xde konflik x besh la plak.

 satu lg watak yg patut dipuja, harus la watak sarah yg dibawa oleh ummi nazeera. awal kemunculan ummi, dia byk belakon watak utama yg standard baek je so dlm nur kasih, watak die dh pelbagai & ak kategorikn sbgai watak muka nmpk baek tp hati busyuk. mmg ada pon org camni kat dunia, x leh tgk org laen senang. 

perangai busyuk hati dia makin menjadi2 apabila aidil memilih tuk kahwin ngn aliyah. makin teruk la perangai die sbb die suka aidil. bila aidil layan nur lebih skit pon dia dh pkio laen tp mmg patut pon sbb dia dh t'dgr pengakuan aidil yg menyukai nur. bila adam dh bahagia dgn nur, dia wat onar dlm rumah tangga aidil sehingga aliyah cemburu buta apabila ditaburkan dgn kisah aidil yg menyintai nur. sabo je la ak ngn perangai die. nsb baek la kat hujung2 cite die b'taubat. ak mls nk cite byk psl sarah ni, nnt b'tmbh dosa aku. klu korg x penah tgk, korg register je kat tonton.com.my pastu korg leh tgk kat situ puas2. 


mlm ni ak tingglkn korg ngn lagu tanpamu by sabhi sabdi n helena, 1 lg ost nur kasih. lgu ni ak bru skali dgr so rse cam x bape nk besh sgt tp mybe after bkali2 dgr akn rse besh. jnji esk ak cite psl adam kechentaanku itu...hehehe

p/s: mood nk cite pnjg lebar t'bantut lak bile kekasih hati yg lama menghilang tetibe muncal lak....dupdapdupdap