Imam Ghazali berpesan kepada lelaki supaya tidak mengahwini wanita yang berada dalam kategori ini :- yang ANANAH, yang MANANAH, yang HANANAH, yang HADAQAH, yang BARAQAH dan yang SYADAQAH
WANITA ANANAH
- wanita dalam kategori ini adalah wanita yang banyak mengeluh dan mengadu serta sering berpura-pura sakit
- contohnya, wanita berpura-pura sakit untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
WANITA MANANAH
- wanita kategori ini ialah wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suami yer.
- antara ayat-ayat ungkitan yang sering dinyatakan oleh wanita ini adalah " aku buat itu ini untukmu kerana kamu adalah suamiku.
- yang ini kategori yang paling aku hendak jauhi sebab aku rase aku pernah jumpa wanita kategori ini dan aku percaya hidup beliau tidak setenang mana walaupun solatnya 5 kali sehari semalam. nauzulbillah..jauhkan lah hamba mu ini daripada menjadi perempuan seperti ini..ameen
WANITA HANANAH
- wanita ini adalah wanita yang sering menyatakan kasih sayangnya kepada bekas suaminya sedangkan dia sudah bersuami lain.
- yang jenis ini susah aku hendak explain..paham-paham sendiri sahaja la.
WANITA HADAQAH
- wanita jenis ini adalah wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada sesuatu dan menyatakan keinginannya untuk memiliki barang tersebut serta memaksa-maksa suaminya untuk membelikannya barang tersebut.
- yang ini confirm kategori gold digger, tengok itu nak beli...tengok ini hendak beli juga, tak sedar diri yang suami dia cuma la seorang pembantu am sahaja. kasian suaminya..huhuhu
WANITA BARAQAH
- wanita dalam kategori ini sering mengilatkan dan menghiaskan mukanya supaya cantik
- wanita yang sering marah-marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya juga termasuk dalam kategori ini.
- pendek kata wanita dalam golongan ni baget cantik dan perasan diri seperti puteri raja
WANITA SYADAQAH
- wanita jenis ini adalah wanita yang banyak cakap perkara yang lagha (sia-sia) dan tidak mendatangkan faedah.
- lebih kurang macam perempuan-perempuan dalam drama melayu yang suka bawak mulut keliling kampung.
seperti biasa image aku cedok kat google images - ini lah contah muslimah yang kita cari-cari |
credit:- aku cedok info ini dari 1 artikel dalam i luv islam & aku olah supaya aku dan korang-korang yang membaca senang mendapat faedahnya.
p/s - kalau di fikir-fikirkan aku ini masuk kategori wanita mana yer? yang baik budi pekerti ke atau yang busuk hati???
No comments:
Post a Comment