Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 26, 2011

Redha itu rela, pasrah itu menyerah

sudah hampir sebulan ak rasa tak selesa perut...rse nk gastrik tp x gastrik, mgkn sbb perut pon tahu klu gastrik dtg bermakna aku perlu MC & itu bukan yang terbaik untukku...maka begini lah perutku, ada masanya ok ada masanya muntah buih(kata doktor itu tandanya banyak angin)...hanya satu sahaja jawapan untuk ketidakselesaan ini...STRESS. sejak dari zaman persekolahan lagi kalau aku rasa tekanan mmg perut yang akan merasa bebannya. kesian perut aku menjadi mangsa keadaan. 

nak tak nak terpaksa aku tahan & buat tak tahu saja walaupun mak sering mengajak aku ke klinik, bukan aku tak mahu tapi aku tahu apa puncanya. stress. kata mak aku mungkin stress kerja, ada benarnya juga sebab lately mmg aku struggle giler berkerja, buat semua kerja, attend court lagi...pagi petang menempek sahaja kat court tu sampai PKP pun dah ingat nama aku...hehehe. tapi aku percaya itu bukan puncanya.

kata orang barang yang lepas jangan dikenang. aku tak kenang cuma banyak sangat kenangan & persoalan yang bermain2 di mindaku. walaupun aku merasakan redha dengan ketentuanNYa namun perasaan masih belum pasrah dengan keadaan sekarang. kadang-kadang aku tertanya mengapa dia tegar berbuat begini kepada aku, i never asked him to love me tapi aku cuma minta dia anggap aku sebagai kawan yang baik untuk dirinya sebab aku tahu dia tak boleh sayang aku macam aku sayang die tapi disebalik permintaan aku yang kecil itu aku dipijak2nya dan ditaburkan dengan janji yang tak pasti...manusia mmg lemah, mungkin salah aku yang tak pandai menbezakan permata dan kaca. 

tapi secara logiknya, kalau aku bisa meletakkan BFF aku di suatu tempat yang istimewa sehingga tak tergamak aku melukakan hati2 mereka yg aku panggil sahabat, mengapa dia tak melakukan yang sama. aku tak mintak dijadikan pasangan sehidup semati walaupun dia pernah menjanjikan itu. aku tak mintak diri ini disayangi setinggi gunung walaupun dia menjanjikan sayang yang menggunung. mungkin aku yg salah kerna melatakkan dia di kedudukan yang tak layak langsung dia singgah.

hendak disesal semuanya telah berlaku, nasi yang sudah menjadi bubur tak mungkin bertukar menjadi nasi santapan tengahari. mahligai yang dia bina dari airmata aku, aku doakan semoga kukuh sehingga hujung hayatnya. tiada rasa dendam dihati ini walaupun banyak persoalan yang masih belum berjawapan. 
hati meronta2 inginkan penjelasan mengapa aku diperlakukan begini, namun minda berkata, biar sahaja kerna satu hari hati akan berhenti meronta2 setelah hati letih dan leleh.
dan buat masa sekarang biarlah aku rela dan menyerah. 

p/s: pasni ni nk kawan ngn 'seth tan' je, klu xde 'abg malek' pon ok jgk...even 'botak' pon aku terima. so yang selain daripada ini jgn harap aku nk kwn ngn korg, keturunan ak pon x tentu lg leh kawan ngn ko esp yg jenis2 "runner"
astaghfirullah al-azim

No comments:

Post a Comment