al-fatihah buat arwah muhammad safuan bin safar. semoga allah menempatkan kamu bersama-sama orang yang beriman.
tanggal 27 september 2011, kembalilah seorang anak adam kepangkuan penciptaNya. semuanya berlaku sekelip mata dan dengan kuasa allah, seorang ibu kehilangan anak yang akan menjadi tunjang kehidupan mereka, seorang kakak kehilangan seorang adik tempat bermanja, seorang adik kehilangan seorang abang untuk bergantung, seorang nenek kehilangan cucu yang disayangi dan aku kehilangan seorang sepupu.
walaupun berjumpa cuma setahun sekali namun kehilangannya tetap dirasai. namun siapa lah kami hendak menghalang ketentuan allah kerana kematian itu janji Allah yang pasti.
al-fatihah.
p/s- nnt tpksa lg ajk org laen pg bcuti ke sabah....qada balik yg dh terlepas...hehehehe
belum terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin untuk segala ketelanjuran serta kekasaran bahasa & perbuatan yang mungkin sengaja & tak sengaja aku lakukan kepada semua samada yang berkaitan @ bau-bau bacang dengan diri yang hina di sisi ALLAH ini. Maklumlah manusia sememangnya lemah & tidak sempurna.
sudah lama teringin hendak mencoretkan sesuatu di blog ku ini tapi tiada kesempatan, al maklum la lappy sendirikan sudah nazak keyboardnya. Memandangkan semua pun masih dalam mood raya, aku pun teringin juga nak cerita pasal raya tahun 2011. besh raya ever & aku akan pastikan kekhilafan ini tidak berlaku lagi pada raya2 yang akan datang.
aku pun tak tahulah apa penyakit yang telah melanda minda aku sehinggakan kamera yang ada dalam beg tidak dikeluarkan dan sejarah tercipta di mana buat pertama kali yer dalam hidup aku takde satu pon gambar raya pada tahun ini. believe me memang aku takde 1 pon gambar raya. maka terpaksa la letak gambar lee min ho as profile pic aku sampailah raya haji nanti, di mana aku akan pastikan sebelum pegi solat raya aidiladha & selepas balik solat aku akan bergambar bagai nak rak...hihihi. bukan setakat aku je yang tak bergambar, the whole famili mmg xde gambar raya tahun ni..penat je la berbaju bru yg mahal harga yer.
tapi itu bukan penghujung dunia, insyaallah masih byk lagi raya yg akan aku sambunt andai diizinkn allah.
yang buat aku gembira sekali pada raya kali ini adalah buat pertama kali dalam sejarah sepanjang 26 tahun (legally belum 26 years lg) aku hidup nie, aku pegi solat raya aidilfitri...terukkan aku? dah lama hidup tapi baru 1st time dpt pegi menunaikan solat sunat aidilfitri...but better late than never. so azam aku kalu diizinkn allah, insyaallah aku xnk missed lg solat raya. ada 1 perasaan yang tak tergambar sewaktu aku menunaikan solat tu, tak tahu nak cerita camne, so pada yg tak pernah solat sunat aidilfitri tu, apa kata raya haji nnt cubalah, pasti akan rasa seseuatu....sukar nak diceritakan ketenangan & kegembiraan yg dirasai sewaktu menunaikan solat sunat aidilfitri. so my advices, if u guys got oppurtunity, jgn lepaskan, peluang tak datang berkali2.
so xde apa lagi nak cite, nk share gmbr pon 1 gmbr pon xde...sedey mmg sedey..pedih hati, pedih sekali mengenang diri tiada gambar hari raya..huhuhu. klu ada kesempatan lg, akan ku m'blogging lg...sehingga btemu lg di kesempatan yg lain....have fun guys....
p/s: klu beli keyboard external, still relevant lg ke zaman ni???
dengan rasa pedih di hati terpaksa aku umumkan bahawa lappy kesayangan aku yang sudah bersama aku bersusah senang selama hampir 9 tahun telah nazak...keyboardnya sudah tidak mampu untuk menaip beberapa perkataan penting seperti 'm','u','i','o','p' & etc.
sedih rasanya tak dapat menaip dengan lappyku lagi. banyak aktiviti tergendala, nak update status di facebook dan tweet di twiter tidak semudah dulu lagi, apatah lagi nak update entry kat blog. habis semua idea-idea untuk post baru terbang dibawa angin....
oh lappy kenapa engkau sakit di kala aku tidak mampu mencari penggantimu. nasib baiklah dikau masih boleh digunakan untuk menonton cerita korea..lalalala
so guys after this kalau dah tiada kata-kata dariku lagi bukan bermakna aku menghilang, cuma keadaan menghalang, so kita tonton maaduu.com je la.
Umum mengetahui yang kita kini sudah berada dalam bulan syaaban di mana selepas ini semua umat islam akan menunaikan rukun islam yang keempat iaitu berpuasa di bulan ramadhan. sebagai mana yang semua ketahui di dalam bulan syaaban terdapat satu malam penting iaitu malam nisfu syaaban, malam di mana buku amalan kebaikan dan kejahatan bagi tempoh setahun kita akan diangkat ke langit dan digantikan dengan buku amalan yang baru.
Nisfu dalam bahasa arab disebut nisf yang bermaksud setengah. Oleh yang demikian nisfu syaaban merujuk kepada setengah bulan syaaban dekat kata lain pertengahan bulan syaaban. maka malam nisfu syaaban ialah malam lima belas syaaban di mana siangnya merupakan empat belas hari bulan syaaban. ini kerana dalam islam hari baru bermula selepas waktu maghrib. Macam hari ini 16 jun 2011 mengikut kelendar masihi merupakan 14 syaaban mengikut kalendar hijrah dan malamnya merupakan malam 15 syaaban di mana kita digalakkan beribadat.
Hadis mengenai tuntutan beribadat pada malam nisfu syaaban merujuk kepada:-
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam nisfu syaaban.
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Riwayat Imam Al-Baihaqi r.a
Pada malam nisfu syaaban umat islam digalakan untuk membaca surah yassin sebanyak 3 kali sebaik saja selesai solat maghrib. Bacaan yassin yang pertama disudahi dengan doa untuk keselamatan di dunia akhirat dan diberikan kesempurnaan imam sehingga akhir hayat serta diampunkan dosa diri dan kedua ibu bapa. Bacaan yassin yang kedua pula disusuli dengan doa supaya dipanjangkan umur dan diberkati Allah. Manakala bacaan yassin yang terakhir disudahi dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang halal.
Pada hari nisfu syaaban buku catatan amalan baik dan buruk kita selama setahun yang terletak di bahu kanan dan kiri akan diangkat ke langit dan diganti dengan buku baru. Buku catatan amalan baru akan mula mencatit segala perbuatan baik dan buruk kita sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Melihat kepada peristiwa yang berlaku pada malam nisfu syaaban, ia dikatakan malam yang penuh rahmat dan berkat seperti malam lailatul qadr. Dengan keberkatan yang ada pada malam ini, moleklah kita bersama beribadat semampu mana untuk menambah catatan amalan baik di bahu kanan kita kerana yang baik itu sukar dilakukan sedangkan yang buruk itu mudah saja dilakukan tanpa kita sedari.
surah yassin untuk bacaan kita bersama pada malam nisfu syaaban
Dan selepas membaca yassin bolehlah membaca doa yassin malam nisfu syaaban ini:-
doa ini aku cedok dari al-azkar.blogspot.com. kalau ada kelapangan jemputlah ke laman tersebut kerana banyak ilmu yang dapat kita ambil di sana seperti doa,
cara-cara solat sunat etc.
untuk terjemahan doa ini, bolehlah melawat ke laman ini