Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 1, 2011

Surah Al-Kausar sebagai Penawar

Semalam aku selak2 majalah ANIQAH keluaran Mei 2011 yg cover depannya Tiz Zaqyah, Remy Ishak & Fizz Fairuz & t'baca la aku suatu info yg sgt berguna untuk semua umat islam iaitu kelebihan surah al-kausar. since sharing is caring, ak rse smua kngkwn ptt tahu & praktikkn. insyaallah dgn izin allah smua yer mudah & t'makbul.

sebelum ak ceritakn psl kelebihan surah al-kausar nie, ak ni cite skit psl latar belakang surah ni. klu korg x tahu surah al-kausar merupakan surah paling pendek dlm al-quran kerna mengandungi 3 ayat je. Surah ini diturunkan di Makkah & disifatkn sebgi penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w krn ia diturunkn ketika baginda bersedih atas kewafatan org2 yang sangat dikasihi yer iaitu isterinya Saidatina Khadijah & bapa saudaranya Abu Talib.

al-kausar ini bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. kolam sungai ini diperbuat drpd batu permata yang indah & cantik. rasa air sungai ini lebih manis drpd madu. warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

antara kelebihan surah al-kausar yg boleh diamalkan sbg penawar ialah:-
1. Jika dibaca ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah swt memakbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan ketiadaan air, bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher. insyaallah hilang dahaga.

3.  Jika sering mengalami sakit mata seperti mata berair, gatal-gatal ataupun  bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini 10 kali pada mata, insyaallah sembuh.

4. Jika rumah kita dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan allah swt memberi ilham di mana letaknya sihir itu.

5. Jika kita membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, insyaallah rezeki kita akan bertambah.

6. Jika kita rajin membaca surah ini, insyaallah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Sekiranya seseorg teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, bacalah ayat ini sebanyak 71 kali, insyaallah pertolongan allah swt akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

so marilah bersama2 kita amalkan surah al-kausar ni, mudah-mudahan allah akan memakbulkan permintaan & memberi pertolongan kepada kita...ameen.

pesanan penaja:- jgn bc skali & b'harap allah akn memakbulkn permintaan kita kerna sesuatu yg baik akan datang apabila kita selalu mengamalkan membaca surah al-kausar. klu nk lebih baek amalkan bca al-quran selalu semoga apa yang kita inginkan dalam hidup tercapai & mendapat kebahagian di dunia & akhirat, insyaallah.



1 comment: