Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 29, 2011

Aku Sebuah Nokia C3-00

Nama aku C3-00. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga Nokia yang merupakan satu jenama telefon bimbit yang terkenal di dunia. Nenek moyang aku berasal daripada Finland. Namun atas sebab ekonomi, aku dikeluarkan di India kerana kos pengeluaran di India lebih murah. Sejarah asal usul keluarga aku boleh didapati di intenet, mudah sahaja semuanya dihujung jari.

Aku diciptakan bagi merancakkan lagi penggunaan laman sosial seperti facebook dan twitter yang hangat melanda masyarakat di dunia sekarang. Ini kerana selaras dengan moto Nokia iaitu menghubungkan manusia (connecting people) aku dilengkapi dengan ciri wi fi yang memudahkan masyarakat bersosial dan bersembang melalui yahoo massenger (ym) pada bila-bila masa dan mana2 sahaja.

Antara ciri-ciri utama yang membuat aku menjadi pilihan masyarakat terutamanya anak muda ialah:-
a) pengguna boleh menikmati ciri pemesejan dengan papan kekunci penuh QWERTY;
b) pengguna boleh menguruskan profil rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan ym pada bila-bila masa sahaja;
c) pengguna boleh membaca dan membalas email pada bila-bila masa tanpa perlu membuka komputer; dan
d) pengguna boleh mengakses internet dengan mudah melalui wayerless LAN(WLAN).

Memang ciri-ciri pilihan masyarakat masa kini ada pada aku. Maka aku lebih menjadi pilihan jika dibandingkan dengan adik beradikku yang lain. Harga lebih murah dan boleh mengakses internet lagi, memang berbaloi.

Selepas aku siap dipasangkan di India, aku dah adik beradik aku yang sama siri berserta sepupu sepapat aku dihantar ke sebuah negara yang bernama Malaysia melalui jalan laut. Tidak dapat aku hitung berapa lama tempoh perjalanan aku dari India ke Malaysia kerna tahu-tahu sahaja aku dan adik-beradik serta sepapatku di pisahkan untuk dijual. Nasib aku dihantar ke sebuah kedai telefon ADM Communication di shopping mall iaitu Wangsawalk, sebuah mall yang ramai pengunjungnya sejak kebelakangan ini.

Aku sendiri tidak dapat mengingati tempoh aku dipamerkan didalam rak pameran berkaca. Yang pasti ada kalanya aku dibelek-belek oleh pelbagai manusia yang berbagai ragam namun tiada seorang pun yang sudi membeli aku. Kesian aku.

Namun, takdir aku berubah apabila datang seorang perempuan bersama adik lelaki serta ahli keluarganya yang lain. Mula-mula aku ditanya mengenai hargaku kemudian penjual aku pun mengeluarkan aku dari rak pameran untuk ditunjukkan kepada perempuan itu dan adik lelakinya. Memang hebat Han penjualku kerna berjaya menarik minat perempuan itu dengan menawarkan harga RM430 beserta dengan 4gb memory. aku terdengar perempuan itu berbisik dengan adiknya yang kedai lain menawarkan harga rm450 yang padanya tidak berbaloi langsung. aku sendiri tidak tahu sama ada harga yang ditawarkan itu berbaloi atau tidak pada perempuan itu namun aku harap pembelianku nanti merupakan satu urusniaga yang berbaloi untuk perempuan itu.

selain membelek aku, perempuan itu dan adik yang turut meminta untuk melihat adikku yang berwarna biru. aku tidak kisah siapa yang menjadi pilihan perempuan itu sebab kami kan adik beradik. tujuan diciptakan untuk memudahkan lagi urusan manusia. selepas membelek-belek aku dan adik sesiriku kelihatan perempuan itu lebih suka kepada adikku kerna warnanya yang gelap tidak senang kotor katanya namun adik yang lebih suke kepada warnaku yang putih brown lebih eksklusif katanya. setelah beberapa saat, perempuan itu pon berkata kepada penjualku yang die memilih aku. dalam hati, aku merasa gembira kerna aku dipilih, ribuan terima kasih aku ucapkan kepada adik tuanku. sekarang perempuan itu telah menjadi tuanku yang rasmi.

setelah penjual aku memasukkan aku ke dalam kotak dan menerangkan kepada tuan aku mengenai tempoh untuk m'charge bateriku, aku dimasukkan kedalam plastik siap sedia untuk dibawa pulang oleh tuan aku. setelah tuan aku membayar hargaku dan penjualku memberi resit kepada tuan aku, aku pun dibawa pulang oleh tuanku. dalam perjalanan pulang ke rumah tuanku, aku berasa sedih kerna berpisah dengan saudara-saudaraku namun dalam masa yang sama aku juga gembira kerna sudah bertuan dan merasa tidak sabar untuk berkhidmat kepada tuan aku. semoga aku dapat memudahkan lagi urusan tuan aku. janganlah aku memberi masalah kepada tuan aku.

tepat pukul 7 malam aku dicharge oleh tuan aku. menurut penjual aku, untuk pertama kali aku harus dicharge selama 6-8 jam. namun tak sampai 7 jam, screen aku mengatakan bahawa bateri aku telah pun penuh maka tamat lah tempah charging aku. tak sabar rasanya hendak berkhidmat kepada tuan aku.

kepada tuan, aku ucapkan terima kasih kerna membeli aku dengan gaji pertamamu. aku berjanji akan berkhidmat dengan baik untuk dirimu. ini janji aku sebagai nokia c3 yang berwarna putih dan coklat muda.



ini la aku, nokia c3-00. comelkan? cam tuan aku jugak


p/s:- camne ngn karangan autobiografi aku...agak-agak yer cikgu nak kasik A+ tak???

2 comments:

  1. sangat best autobiografi ko..aku sbg cikgu yg penah mengajar mata pelajaran sains bagi A+ berserta bintang 3 bijik..best..best..hehehhe

    ReplyDelete
  2. tima kasih yer cikgu...memandangkn autobiografi ni mdpt a+ maka aku akn wat 2nd pnye versi tuan pnye tefon lak...hehehe(tu pon klu ak rajin..haha)

    ReplyDelete