Our Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 11, 2013

Hati yang Jahat

Hati memang jahat
tatkala ia sakit hati
perut yang jadi mangsa


Nasib minda masih waras
dipaksa mulut bersuara
namun badan tetap merana

Monday, April 1, 2013

Lagi karya Mat Saleh celup

Minggu lepas dah kecoh pasal babak ranjang di atas katil. Alasan klise artis, ikut arahan pengarah, menjiwai watak..bla bla bla bla..

Ingatkan ada yg mengambil peringatan, namun masih ada lagi karya ranjangan. silapnya si cetak akal ini mengupload deleted scenes dr satu movie yg sedang hangat di tayang. aku yang nak menonton mv lagu hazama telah dicadangkan utk menonton deleted scenes ini..igtkn ia cuma omongan kosong tapi ternyata ni lebih porn dr yg minggu lepas.

Ak sendri tidak tahu apa motif si pengupload mengupload deleted scenes itu. jeles kelihatn jika ia deleted scenes maka ia tidak perlu ditonton oleh khalayak ramai, tapi bila sudah diupload mmg jelas cetaknya otak si pengupload ini.

Serius cakap, ak sudah hilang minat kpd pelakon2 yg berkenaan. sebagai manusia yg beragama islam pasti menpunyai pendirian sendiri. kamera trick apa yg hebat sgt shingga boleh membuat aksi raba & gesel sementara pelakon lelaki berada di atas pelakon wanita..damn..sy sgt malu utk bercerita.



Filem2 dlu tak perlu aksi2 ranjang seperti ini namun masih ditonton sehingga kini. sekali lagi sy ingatkan jangan nanti bila anak2 anda & saudara2 anda melakukan adegan tersebut akibat terpengaruh dgn movie, baru anda nak mengadah.

Astaghfirullah al-azim, ckp byk pon rse yer tak guna andai nanti alasan2 klise yg diberikan oleh pelakon, pengarah, pengupload video..cuma 1 peringatan utk semua termasuk diri saya, bila allah bala & musibah sebagai peringatan terhadap dosa yg kita lakukan, ia tidak turun kepada pelaku saja tapi kepada semua..jadi jangan berani2 nak cakap kubur masing2 sbb kita tak tahu bila allah akan memberi peringatan kepada kita.

So korg usha sndrilah harapan bangsa kita ini..


p/s: sy lebih suke tgk cite csi n korea..fullstop


Wednesday, March 27, 2013

Apabila karya melayu bertukar menjadi naskah inggeris

Dalam kesibukan bekerja, sempat aku menbuka blog2 hiburan tuk menambah pengetahuan hiburan (rutin harian tak kira sibuk @ lapang..hikhikhik) dan ada 1 post yg menarik minat aku shingga memaksa aku berkongsi wpon mempunyai kekangan masa.

Aku pasti dalam minggu ni dan seterusnya topik ini akan menjadi perbualan hangat di antara pelayar2 blog hiburan.

Sangat membanggakan industri apabila hampir setiap minggu ada saja filem tempatan memasuki pasaran namun itu tidak bermakna karyawan harus menghasilkan karya2 yg sia-sia (aku rse lebih sopan menyebut karya yg tidak menepati piawai aku sbgai karya yg sia2)

Tatkala aku membaca 1 post blog hiburan mengenai 1 karya yg bakal keluar di pawagam pd bulan april nanti, hanya 1 perkara yg boleh aku katakn..speechless. Melihat trailer filem tersebut bukan menarik aku utk menonton tapi lebih kepada beristigfar panjang. Terlintas dalam minda melayu apakah yg tergamak menghidangkan karya seperti ini kepada khalayak umum.

Nyata tertulis genre filem tersebut adalah filem romantik namun dari trailer kelihatan seperti filem ranjang apabila hero & heroin berpelukkan di atas katil dan bergesel2 hidung yg jelas bukan muhrim. Melalui gambaran2 ini jangan salahkan anak2 kita sekiranya ini yg mereka lakukan kpd psgn yg berlainan jantina kerna kita sendiri yg mengajar mereka melalui gambaran filem2 kita.

Aku juga tertanya2 bagaimana finas boleh melepas tayangan trailer yg ternyata 18sx ni kepada khalayak sedangkan cerita inggeris pon melalui penapisan yang ketat. Harap2 jika benar filem ini ditayangkan nanti, pihak finas telah pun membuat penapisan yg tegas kerna bila ia ditayangkan nanti wpon tertulis untuk tontonan 18sx masih ada ibubapa yg terlebih bijak membawa anak2 mereka yg dibawah umur memonton filem ini nanti...aku yg belum mempunyai anak pon tak gamak utk menonton filem ini.

Dengan terhasilnya filem ini juga aku percaya bahawa melayu kini yg sepatutnya terkenal dgn perasaan malu sudah hilang malunya. bila ditanya kepada pelakon, jwpn klise yg diberikan adalah mengikut kata pengarah bg menjiwai watak & menyampaikan mesej. Tidak tahu di mana agama mereka sehingga kata manusia dituruti tapi kata allah diabaikan. Aku sendiri menjadi malu kepada dunia. Maka jgn salahkan aku jika aku lebih gemarkan karya indonesia berbanding karya malaysia yg banyak sia-sia. kadang-kadang terasa karya inggeris pon tak seperti ini..mgkn aku byk menonton siri penyiasatan & aksi kot.

so malas nak cakap banyak lagi, korang tgk sendiri trailer filem ini & buatlah pertimbangan yang sewajarnya.



p/s: bilalah tabung nak penuh ini, note @ limited edition tuk menarik minat sungguh..kalau kaler ungu lagi i suke

Sunday, March 10, 2013

Pemandu Malaysia

seorang pemandu memandu kelisa, pemandu yang lain memandu civic
seorang pemandu lain memandu bmw, pemandu yang seorang itu memandu ford
banyak pemandu memandu pelbagai jenama kenderaan di jalanan
seorang yang lain cuma berbekalkan kaki
berdiri di tepian jalan menanti saat menyeberang
saat terlihat si kelisa bergerak perlahan
minda mahu menyeberang namun kaki tidak melangkah
tika kaki mula melangkah, bmw terlihat bergerak perlahan
rupanya memecut laju
akhirnya si pejalan kaki berlari anak walaupun kenderaan itu bergerak laju
itulah pemandu malaysia yang tidak bertoleransi
namun di seberang jalan sana
kelihatan seorang pemandu lelaki inggeris
memandu sebuah jip lama menbunyikan hon
sebagai isyarat kepada si pejalan kaki
lintaslah jalan ini kerna aku sudah berhenti
itulah pemandu inggeris yang bertoleransi



p/s - padanlah lelaki inggeris menjadi pilihan wanita melayu termasuklah aku..hikhikhik


ini lelaki inggeris pilihan saya...he is hot rite???

Monday, February 25, 2013

seorang pejalan kaki

aku seorang pejalan kaki.
setiap hari aku berjalan kaki, ulang alik ke tempat kerja.
sehingga adik berkata kakiku seperti kaki pemain bola.
tidak kira panas dan hujan semua ku redah agar aku segera tiba.
namun aku manusia biasa.
kadang panas mulut merungut tapi hati redha.
kala hujan, saat doa dimakbul.
hati bertambah jahat tatkala melihat pemandu di jalan.
persis pemandu F1 memandu laju tanpa mengira orang di jalanan.
yang akhirinya lencun dibasahi lecak.
saat itu hati dan mulut bersatu memaki si pemandu semoga celaka di jalanan.
sesungguhnya aku manusia lemah dan sering melakukan dosa.



moral of the story- cepat belajar bawak kereta

Monday, January 7, 2013

Wedding 2013: First Wedding - Indian Style

minggu pertama 2013, hujung mnggu ak terisi instead of watching abe jacob on tv...sabtu pegi soping ahad pegi kenduri.

aku start tahun 2013 dgn attending wedding cik dah, my lawmate during law degree at UUM dlu.
ni dcoration yg aku x penah tgk lg kat wedding org melayu

ni second baju cik dah...see the sari so nice & bling2 ok..cantik sgt cik dah
First time attend indian wedding, so sgt berbeza ngn wedding org melayu..ada bhagra sei...muzik mmg totally lagu hindustan n lagu tamil..lagu smua cathy so sesuailah dgn halwa telinga aku.

Apa yg beza dgn wedding indian ngn malay..kne tunggu pengantin datang dlu bru leh mkn, nsb baik aku dtg lmbt, klu ikut rancangan nk smpai on time kul 12, mmg lmbt lah mkn yer.

Pastu rse cam jakun plak tgk tetamu yg dtg, smua bersari n bpunjabi bling2 bagai...aku je yg pkai bju kurung x bling2..hikhik

Yg paling ak x penah tgk bila hadiah kne bg sndri kat pengantin..slalo org melayu, adiah bg je kat wakil famili pgantin yg ada kat pintu.

Lagi 1 yg lain ak nmpk bila meja mkn beradap ada kat ats pentas n pelamin ringkas ada dkt pintu..tujuan yer ak rse tuk mudahkn org yg dtg cpt boleh tgk pengantin..

Nk cite lebih pon ak dtg mkn je..x tahu sgt..nk buat comparison pon xde byk sgt sbb wedding x kisah lah kaum apa tetap meriah cuma budaya je beza.

So briefly..apa yg ak leh ckp & suka:-

1. decoration so simple but nice..x perlu nk grand bgai sbb xde org nk tgkp gmbr ngn decoration sgt, dtg wedding hruslah take pic ngn pgantin.

2. mkanan wpon ringkas tapi sedap..x perlu hidang berjenis lauk tp rse ke laut..cik zanna, i nk nasik kenduri cam nasik kenduri cik dah yer..hahahaha..
nasik ini mmg sedap...superb, rse cam nk bwk balik je td
1st time ak makan & tgk aiskrim ni
3. yg paling aku suka psl wedding cik dah..mkn mmg dh hidang atas meja, x yah ak nk beratur cam bdk asrama amik nasik kat dinning room..this is one of my wedding dream, tetamu mkn berhidang cam wedding dlu2.

4. cik dah sgt cantik dgn baju bling2 yer
baju pengantin bling2 sgt..tkut nk dekat takut melekat
5. since dewan wedding cik dah dkt sebelah tasik the mines tu, mka bergambar 2-3 lah aku
pandangan tasik yg damai
kalu tak buat peace mmg x sah

p/s:- tahun 2013..insyaallah berkali2 aku naik pelamin tanpa nikah



Monday, December 31, 2012

Goodbye 2012, Welcome 2013

Ini post terakhir aku tahun 2012...rseyer byk post aku hutang ngn blog ceritera si ahli sihir ni, tp xpe esk2 leh tulis rseyer...hehehehe (tu la alasan pemalas cam aku..)


malam tahu baru ni seperti malam2 tahun baru sejak 4 tahun yg lpas, mmg aku akan lepak kat rumah, pertama sbb xde org ajk ak melepak mlm new year, kedua sbb aku pon x berapa suka sesat2 org ramai, ketiga xde org ajk kuar..klu ada mmg x lekat kat rumah. so aktiviti biasa aku, tgk tv...nsb mlm ni ada breaking dawn part 1..berangan si jacob lg aku mlm ni..bila lah nk bertaubat..hikhikhik


mengimbas kembali perjalanan aku dlm taun 2012, takde yg menarik sgt selain keje..al maklumlah aku kn single mingle trang tang tang..so psl keje lah yg boleh aku cite...paling mengembirakan & x tersangka2 kerana pada tahun 2012 genap 2 tahun aku bekerja sebagai advocates & solicitors..mcm x percaya aku seorg peguam..penat jerih aku selama aku pegi sekolah dr tadika smpai grad law mmg berbaloi smpai skunk aku rase cam i can resign n carik hala tuju lai pula....hikhikhik.



Nie kebanggaan aku..hikhikhik

so overall aku mmg bsyukur dgn tahun 2012 ni n bharap agar tahun 2013 ni lebih membawa byk makna..smoga allah terus memberkati aku n memelihara imanku..smoga keje makin lancar, rzeki makin murah, diberikan kesihatan yg baik..smoga allah melindungi keluargaku, sanak saudaraku n rakan taulan.



selain drp kje, tahun ini jugak merupakan tahun di mana akhirnya aku boleh bertravel bersama my bestie wpon tanpa aslina...this is our first n last travel together bcoz x lama lg one of us akan kawin..klu nk travel bersama lg, kata beliau kene bwk husben masing2...mmg lmbt lg lah kn, eloklah beliau ada anak 2-3, bru kawin gamaknya aku...hahahaha (nanti bila nk abis wat watermark gmbr2 tpilih aku update post psl percutian aku ke vietnam...byk perkara berlaku taw)

and another personal thing...aku dh daftar kelas memandu & in process to get a driving license, ni smua psl adik sy beli kete n tinggalkn kete kat umah..sayang plak tgk kete tu x jln2...hahahaha

last personal thing..dunno why thz year i really feel crush on jacob black... si serigala jadian tu..mmg x sah klu pg2 msk kje menatap wajah beliau dlu..he so mencairkan hati smpai rse nk carik cam beliau je.

he so something rite..
briefly tuk tahun 2013 ni aku berazam 

1. utk bekerja dgn lebih baik lagi supaya rzeki lebih murah n cepat naik gaji....
2. dptkn driving lesen spaya boleh drive WQQ n bwk cik azyah jln2 pg ikea...
3. jd org yg lebih mature n x emosi lg....
4. cadang cam nk amik anak angkat tp rse cam x ready lg...hikhikhik
5. akn di fikirkn nanti..
6..difikirkn kmudian
7..ops lupe lak..nk kawin (bak kata adik farahin..kene msk kn dlm azam supaya cpt skit bertemu jodoh..hahaha)

p/s: bile tgk drama adaptasi rase nk beli novel tp yg ado pon x abis baca lg